Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Datang Lagi....









Assalamu'alaikum wbt salam bahagia dan salam tersenyum dalamterubat kerinduan kerana Ramadhan datang lagi menjenguk dengan cahaya yang gilang gemilang....kesyukuran selebat hujan curahan buatMU Ya Allah kerana memberi kesempatan pada kami umat islam sejagat untuk merasai nikmat bulan MU....terimakasih Ya Allah Ya Tuhanku....

Semoga kita semua mendapat baraqah di bulan yang mulia ini, sama-sama;ah kita mengimmarah masjid sembahyang berjemaah bersolat Tarwikh kerana solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan dan tiada pada bulan-bulan yang lain...

Oleh itu marilah sahabat sekelian para muslimin muslimat yang Ummi hormati agar menghargai bulan yang dianugerahkan Allah kepada kita.....

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubaraq dan selamat berpuasa dari Ummi kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat di luar sana......semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt...amin.....


Dahan sebatang dikata sasa,
Meruang jalan terlebih hala;
Ramadhan datang kita berpuasa,
Peluang sebulan beroleh pahala.


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

1 comment:

  1. Salam 10 Ramadhan Ummi..Dah sepuluh hari kita berpuasa kan..kejap aje..

    ReplyDelete