Sunday 30 September 2012

Hamsterku hamsterku...

Semalam cuaca merintik awan...
Gegar bumi mengelak mentari..
Salam pembaca yang cantik menawan...
Hamster Ummi  pulak masuk entry...

Manjenyerr...jangan sampai terpenyek suda...haha

Aduhh....dendiam jer laaa..


Hehehe...ni time aku nak posing...

Manje digenggaman...

Amboi tuan aku....posing jer laa..

Bam mesti nak tidur dengan Bum..huhu

Bam tengah cari tempat nak tidur...

Memang kalu dah nama adik beradik....Bam and Bum

comelnyer....geram tul....gaduh2 pastu dok sesama...

Bum sampai tak sedar...kaki ke atas....huhu

Bam tengah dibuai mimpi...

....jom tdo laaa...skodeng ape Bam nih

Mana aku nk tdo nii....alolo..comeinyer Bum


Alamakk...kene sensor niii...huhu
Biar ku bawak diri..

Kesian Bum...telinga rabit sebelah kene gigit dengan Bam

Bum dengan telinganya yang rabit..

Si manje Bum...

Watpe tu Bum...^^
Bum suka benar tido bergulung...

Ni Hamster kawan bangah...

hamster kawan bangah....yang ni licik sikit....pantang
keluar je...cepat lari

Yang ni Bam..sama jetido mcm Bum...huhu

hamster Ummi yang manje...Bum


Tudiaa....yang ni pulak otai hamster...
yang paling berumur...hehe, lihatlah saiz kepalanya...

Actually Ummi kena pegang hamsters ni...sebab susah nak snap gambar....tahu tahu jer la...dok tak diam...huhu...

Begitulah cerita tentang hamster Ummi....Ummi memang sayang....walaupun haiwan namun ada perasaan...
Sebenarnya Ummi dah bela hamster Ummi eversince Adik start study kat Uniten lagi...bawak balik sekor lepas tu berpasang-pasang....now tinggal 4 ekor dari 9 ekor....ade yang melarikan diri...ade yang "pergi'...
Kalau nak pelihara haiwan kesayangan...we have to make pretty sure the cleanliness takes place....
okay....please ^^

Tonton Gangster berhari bersama..
Dayang tua disampai-sampaikan...
Pantun hamster diberi nama..
Sayang ia belai-belaikan..

Kepayang tua diderai-deraikan..
Bantu menjaga kawan bermain..
Sayang ia dibelai-belaikan..
Begitu juga haiwan yang lain...


To my most beloved children.....and to all dear readers...
Hope you all like my entry for today.....lately Ummi asyik fikirkan hamster Ummi...dah dua ekor 'pergi'....
banyak photo Ummi dah snapped....dan simpan dalam album....dalam cpu...kalau stress ke tension ke just a glance at the photos, ni cuma small matter jer.....but one thing....please remember...worship Allah if you cry in tears....

Till nextime....with more charming and stunning entries....insyaAllah..


Assalamu'alaikum and lots of lv ^^,

Ummimanje


Saturday 29 September 2012

Azabnya...Jika Kita Tinggalkan Solat...Ya Allah...!




Assalamu'alaikum...entry kali ini adalah especially to ank-anak Ummi yang sentiasa Ummi kasihi .......and no forgetting to all Muslims......

Mari muhasabah diri, mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”


1. Enam siksaan semasa di dunia
Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
Rezeki tidak diberkati
Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati
Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir

4. Semasa hari kiamat
Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka....

Wallahu'alam


Wednesday 26 September 2012

Ketupat Pulut Si Daun Pisang...


Ulam peria pahit rasanya..
Pegaga diikat si dara mama..
Salam bahagia diselit do'anya..
Semoga sihat gembira bersama.....^^

Tari berseni jaguh bahasa..
Melipat sarong seri purnama..
Entry terkini sungguh luar biasa..
Ketupat 'pocong' diberi nama....hihi

Patah sayap dahulu kala..
Kuntum kesidang di pangkal dahan..
Entah sedap tak tahu pula...
Belum dihidang dah tinggal pinggan....huhuhu...apedaaa...^^

Bertahun menyebut barang di serambi..
Meluat si Seri diberi se guni...
Pantun ber'mood' dikarang Ummi...
Buat penyeri entri kali ni......^^

Yaa... salam bahagia buat semua pembaca budiman...to all most beautiful readers...
This time...entry Ummi is all about the ketupat pulut yang dibalut dengan daun pisang...
Makk aii...cam pocong jer....hehehe...siAdik ni...suka wat lawak dengan Ummi...aduhh...kalau takder Adik ni....taktahulah Ummi...dah ada riuh sekampung...but when she's gone back to her campos for new semester...Ummi sunyi sangat....nk wat camner...itulah buah hati pengarang jantung Ummi Ayah....hehe

Gelak besarnya Adik ni....abglong and abgngah pun akan cari Adik nii..yelaahh...rapat kan... apapun..jom kita tengok picture ketupat 'pocong' ( Adik yang gelarkan..huhu)....picture ni Ummi snapped tak berapa clear...yele...guna handset tahap gaban...( Bgngah yang cakap..aduh )...eventhough it is a common nokia but it still Ummi's best friend....mind you dear..tak gitu sayang....

Ketupat ni biasa jer...tapi Ummi masukkan sedikit jagung...enaknya...cube try...hehe...



Amacam....nampak sedap dakk...jom try...^^

kadang kami lenguh bersenam....rendang Ummi si rendang ayam....pantun laaa


Makannya dicecah bersama rendang..tak kirala dengan rendang apa pun...cara buat ketupat ni macam buat ketupat palas....tapi sekali pandang memangla ketupat pulut daun pisang.....dua kali pandang macam yang Adik cakap tuuu....huhu...tiga kali pandang macam lemangla pulak.....empat kali pandang...eh...eh...dah tak daa dahhh......hehe....



Ketupat yang dah ready untuk di makan...yerr..

Tudiaaa...ha..inilah rupanya bila dah siap dipotong...
sungguh pun rupa burukkk tapi sedapp dan mengenyangkan bila pekena dengan rendang..waduh...waduhh.... 

Ummi cooked rendang ayam...biasala....apa yang Ummi masak pasti Adik cakap...fuyooo...sedapnyer...at first Hubby wat derk jer tapi makan juga at last...sedap tapi tak nak ngaku.....huhu.....but Ummi bukannya pakar masakk tau ( humble )...i'm not a Chef......just an ordinary and permanent cook in the house....haha
I know most of all my friends out there are more professional and good chefs themselves...right.....?
 Semua boleh aiihh...yang penting malas dengan rajin...tui dakk...senang jer.....kann.....

Mmmm....Ummi rasa it's time for me to stop for a time being...nak memenuhi tuntutan kat dapur...hoho...
So...to all my stunning readers who happen to blogwalking Ummi's Blog overhere...happy cooking and lunching....always cheer yourselves up...and always positive thinking okayy....^^
And to my most beloved family in the world....Ummi do'akan semoga semuanya sentiasa di dalam kasih sayang Allah SWT....amin..dan sentiasa dijauhkan dari perkara-perkara buruk...aminn....
Maafkanlah andai ada gurau-gurauan Ummi ni yang.....mengguris ka...


Lots of lv and salam from...

Ummimanje

Saturday 22 September 2012

Dimanakah Letaknya Harga Dan Nilai Tudung Wanita....












Bertahun bumi semakin rata...
Bakal dilambung kekejaman terasa...
Berpantun Ummi ingin berkata..
Perihal bertudung zaman semasa...

Kerana dah retak berderai tangga...
Rangkaian bersambung bersepai di para...
Di mana kah letak nilai dan harga...
Pemakaian tudung yang berbagai cara...

Kereta berkarat kata kalian...
Taksub berselubung bakal ditanya..
Wanita ibarat permata berlian...
Ditutup dilindung mahal harganya...


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.


Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.


Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.


Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Dipetik dari SUMBER



Wednesday 19 September 2012

Ketupat Pulut Periuk Kera...

Kelam cuaca dihari Khamis..
Merajuk dara cepat merungut..
Salam pembaca berseri manis..
Periuk kera si ketupat pulut..

Merajuk si dara cepat merungut..
Melastik guli dengan berani..
Periuk kera si ketupat pulut..
Unik sekali makanan yang ini..

Hai...Assalamu'laikum wbt....selamat bekerja bagi surirumah sekelian yang elegant yang anggun dan sophisticated..dan yang pakar dalam masak memasak...dan not least to my loving Hubby and kids...not kids la...udah besag gajah (bak kata oghang utaghalaa)...hehe..
semoga semuanya sentiasa di dalam limpahan kasih sayang Allah Taala....amin...

Resepi ketupat periuk kera....i bet most of us dah happen to come across such recipe...yela.. ketupat periuk kera ni jarang juga orang buat..tapi...Ummi tak tahula...maybe ada yang biasa dengar ketupat ini....rasanya macam ketupat palas...tapi aromanya ada sikit lain...periuk kera ni biasanya ada dijual...kena soak dulu biar lembut dan sengan nak sumbat...sebab dia dikeringkan....sedap...Ummi got it from my sis in law....die rajin buat ketupat periuk kera...siAdik tanya kenapa ketupat ni kecik...lalu ayahnya bagitau la yang ketupat ni ketupat periuk monyett...hihi..yang ketupat periuk kera tu besagg...wat lawak pulak ayahnyaa...but all of us suka makan....dengan rendang...as usual....

Pulut diisi dalam kelongsong periuk kera....

Sedappp...eh..eh...

Tudiaa...kecil comey....

Nindia.....sekali ngapp..eh...dah habisss...aduhh

Haa...amacam....comey dakkk...sekali ngappp...pasti sedap bile dicecah dengan rendang...huhu







....ketupat periuk kera yang unik rasanya.....tapi cara buatnya sama saja...cuma bentuknya lain di mata..saiznya tak kira..asalkan boleh pekena...habislaah   periuk kera....kera-kera semua takdak periuk nak mask apa...haha....dengan rendang atau serunding juga....sedap laaa..Ummi dah makan lima...hehe...sorilaa Ummi tak letak resepi kat sini...but if pembaca sekelian nkkkan resepi boleh google je kat internet...ok...^^,
...berseloka pulak Ummimanja.....hihi

Ok laa....that'enough for today....Ummi's entry....I hope everyone enjoy reading ya.....cukup sampai di sini sayang...( lagu Malik Redwan daa)....till nextime next moment....with another entries....from Ummi....doa Ummi sentiasa buat pembaca sekelian.....especially my most beloved family.....


Demi nurani bertahun terhimpun..
Pandai tiada cara hambar..
Ummi di sini memohon ampun..
Andai ada bicara terkasar..


Assalam'alaik and lv from

Ummimanje

Sunday 16 September 2012

Nasi Goreng Hamster and Qiddy Cat...^^

Semalam saya terantuk kaca...
Almari kain kami tergostan..
Salam bahagia untuk pembaca...
Entry yang lain Ummi 'post'kan...

Tonton drama gangster di tv..
Pesona ratu masih terkini..
Pantun bernama hamster dan qiddy..
Yang mana satu terpilih di sini......haha

Inilah dia resepi nasi goring Hamster Tidog...macam hamster Ummi..kan..kan..adik..

Semua dh ok....tapii...hidung pulakkk...tak dakk....Hehe, adik lupelaahh...

Adik Yang macam muka kucing tu adik yang present...lawa...sebelah dengan Ummi...Hamster Tidog..:D



Aduhh...cantik nya...so creative...but...mana pi idung dia....adiikkk.....!
Inilah resepi nasi goreng special..semalam Ummi bersama Adik masing-masing merekacipta nasi goreng...huhu...adik dengan resepi nya...dan Ummi pula sendiri punya....apalagi...tengah dok buat presentation..hidung Qiddy Cat pulak tertinggal...Ummi nak buat kucing..tapi jadi hamster...haha....
Apapun...we both created a happy day together....Adik la ni...nak breakfast nasi goring....terjumpa dalam internet....asalnya nasi beruang tidog...tapi..jadilah nasi hamster tidog....

Apapun kami dah mencuba yang terbaik...( Masterchef Mom n Daughter )....
Need to improve the presentation...anyhow anyday....yelaa....bukan pro but amature.....^^

Actually Adik sangat suka memasak...tapi kene tengok mood....kalau lapar pun nak tengok mood...
aduiii....kena makan megi la ye syg.....



 

Dah tinggal separuh....berjam-jam dok snap pic...lapola denn...nasi adik tak sempat nk snap...tinggal pinggan kosong....hehe

Kelasi mereng serik menyelami..
Pantai mana telah diperhati..
Nasi goring Adik dan Ummi....
Mai pekena InsyaAllah puashati....ok dak pantun..^^,

Kalau dahulu sepi merana..
Terkenang sudah kerana tua..
Kalau nak tahu resepi mana...
Senang dan mudah di mana jua....cube sendiri yer resepinya....senang jer...it's easy....

Oklahh..sampai di sini dulu dari Ummi buat pembaca....
Kain diberi main kata..lain hari lain cerita...amacam........
Till nextime....insyaAllah....in Allah's Willing...we'll meet again forsure....
Doa yang terbaik dari Ummi buat Hubby dan anak-anak..tak lupe pada readers semua yang happen to read entry Ummi.....

Asalamu'alaikum wbt...

Lv from
Ummimanje


Sunday 9 September 2012

Belang Membelang Kek Belang Zebra......^^

   Assalamu'alaikum salam manis dari Ummi buat semua....but not least special to my most beloved family....Hubby, Along, Angah and Adik....doa dari Ummi semoga semuanya sentiasa di dalam limpahan kasih sayang Allah swt....amin....dan sentiasa kental dan tabah dalam mengharungi hidup...which is full of challeges....amin....

Semalam Ummi bersama adik....no...Adik just be a camera girl...heehee....Ummi buatkan kek belang zebra yang jadi menjadi....hihii.....cari punya cari resepi...at last Ummi got from internet...from one of our bloggers.....
Apa yang penting....the stripes..how we liked and enjoyed it so much.....Waduh..waduh...jadi jugak Ummi buat kek....and so far Ummi satisfiedlah...but....proses mem'belang' needs a little talent...yeaa....air tangan tuu..kalau dah berseni....apalagi....berseri-seri....resepinya kalau nak, refer kat sini yer...

Walaupun belangnya not so belang...tapi...huhh...sedapnya sedappp....ngeee...yelaaa...ni dah dua puluh lima tahun eversince Ummi made zebra kek...so yang ni Ummi namakan Kek Zebra Manje....hahaa...



Proses mem'belang'...Adik kata macam teik 'lembu' jer makkk....alamakk..huhu...aduhh

Hamboiii..belangnyaaa...hehe

Amacam.....cantikk dakkkk....

Snapped by the only camera girl in the house...huhu

Nampak sedapkan....cubelahhh....^^,

Adik is the first to have a taste....sedap jer makk....

Yelaa...not so professional...but u ade kerr.....gurau naa...haha

Banyak resepi kek kuda belang dalam internet..tapi Ummi chose this one...mebe nextime  Ummi must bake another one....forsure....try la..

Well...at least...Ummi cuba bake...and happily it came out as Ummi wished....so far so good...
Ok...sampai di sini dulu Ummi jot buat semua....cuba baca-baca...just suka-suka....if ada yang tak kena...
sudi-sudikanlah comment naa....

Till next time....dengan story yang lebih bahagia and ceria.....insyaAllah..we will forsure meet again....
Doa yang terbaik dari Ummi untuk anak-anak dan Hubby.....and buat teman-teman semua......

Itik pulang meredah hari..
Kaldai melenggang tersungkur dada..
Kek belang indah berseri...
Bagai menunggang seekor kuda.....^^',

Lv from
Ummimanje


Wednesday 5 September 2012

Memori Hari Lahir....Waduh..Waduhh....

  Assalamu'alaikum wbt salam sejahtera dari Ummi buat rakan-rakan ziarah dan doa dari Ummi semoga semuanya sihat dan sentiasa ceria dalam meniti kehidupan......^^
Baru kali ni lah Ummi could spend sometime to jot down a story....so sad....n sad...and let's pray to Allah for those who had done or taken people's things by means....alangkah sedihnya hati Ummi..apetah lagi anak bujang Ummi....yang baru-baru ini telah kehilangan benda yang beliau paling sayang....yelaaa...motor anak bujang Ummi...baru je dibeli....guna hanya beberapa kali.....Subhanallah...mebe ini ujian untuk Abanglong....May Allah forgive those who took his beloved motorcycle.....dukanya pun belum hilang...mujurlah ade siAdik yang selalu ceria dan menghiburkan.....aduhai sayang...tapi tak ngapa sayangku...workout for another one....

Yaa.....semalam adalah besday Abgngah.....yang ke23 tahun...huhu...dah boleh kawin dahhh....insyaAllah...
tuanya rasa diriku...huhu....tak tau bila nak bermenantu.....wahh....gituu....insyaAllah....segalanya adalah rancangan dan ketentuan Allah....
Sempat lagi siAdik belanja Abangngah gi makan mee tarikkkkk kat Restoran Me Tarik Warisan....sedap tuu..
tapi mungkinkah tekakku tak sama dengan tekak depa tuu...aduhh...meenye tak pedas...sedangkan Ummi suka pedass..apepun.makan jelaa......
Me tarik tu dibuat sendiri oleh taukeh dan anak-anak buahnya...family mualaf...memang Ummi puji.....A+ for them.....

Malamnya pulak Hubby belikan kek besday buat SiAngah...kata adiknya..dah tue pun ber'kek besday' lagi....yela dikk...Ayah adik tu kan sayang anak-anaknya....walaupun dah besag panjang...ayah rasa macamlaahhh anak ayah tu kecik lagi.....hehe....how we love our family....tak gitu dikk...^^

Tapi..ironinya..kek yang Ummi buat tu macam tak diperdulikan....tak lakulahhh....yelaa..kek beli sedap kottt....sedar tak sedar...kek Ummi dah tinggal beberapa keping lagi..hihihi.....leganyaa hati....eh..eh...sedapla
kek Ummi dikkk.....


Cantik bersarong lima berkembar...Kek dipotong sama besar...haha...

Penkek kami lekat dijari...kek Ummi buat sendiri.....npk sedap dakk..

Namanya Seri Oren Bersari....makan sendiri menjilat jari....huhu

Haa..nilaa kek Oren Bersari buatan sendiri....jom tengok resepi kat sini..

 Resepi ni Ummi modified sendiri..tapi if nak resepi yang more delicious..bak kata diri sendiri....silalah click kat link di atas yer.....^^

Orang bujang kesayangan no dua....Abangngah...tengah pekena mee talikkkk...hehe...

Inilah mee tarikk warisan...istimewa mee buatan sendiri..tak menggunakan mesin....gune tangan jer...special punyaa...

Aduii makwe...makan corang jerr....bak cikit leh dakk.....


Ok laa..cukup sampai di sini sayang..hehe( lagu MalikRedwan)....sampai kita jumpa lagi di waktu yang afdhal....masa yang sesuai dengan post yang lebih menceriakan...saja suka-suka....untuk dibaca......kalau ada salah silap tutur kata..Ummi memohon ampun dan maaf...

InsyaAllahhh.. kita jumpa lagi yerrr.....Assalamu'alaikum wbt.......

Lv from Ummi..