Monday 28 October 2013

Kasih Nabil Rela Pergi.....





Inilah wajah tampan Arwah Nabil Azam,
anak yang Ummi asuh dan jatuh sayang.....Al Faatihah buat beliau.




Kak Ani ( Nama sebenar Ummi )...Nabil dah tak ada....anak kita dah tak ada Kak Ani....hancur luluh rasa hati Ummi bila memeluk ibu Nabil, Nabil yang telah pergi mengadap Illahi sewaktu usia terlalu muda, siapa sangka, Allah Maha Berkuasa menjemput hambaNYA pulang ke pangkuan, diambil sekejap tanpa terduga.....pada hari Jumaat 25hb Oktober 2013 bersamaan 20 Zulhijjah 1434.....


Ini adalah dialog Ummi dengan Adik, anak manjaku.......

Helo, assalamu'alaikum Ummi.....Ummi tahu dak, Nabil, dia dah meninggal baru pagi tadi , pukul 5.36am......betulke dik, adik tau di mana.....adik terbaca dalam FB, Ummi, ternyata tatkala Ummi menerima panggilan dari anak manja Ummi, Adik, yang pada ketika itu ada di kampus, kedengaran sebak di sebalik henfonnya pada pukul 7 pagi...waktu itu Ummi masih berada di Penang di rumah kakak Ummi, Amos Amyos ( nama FB )..

Satu tamparan hebat buat Ummi, rasa tak percaya dan seolah-olah tidak dapat menerima berita mengejut ini, memang benarlah hakikatnya, Allah Itu Maha Mengetahui Dan Maha Penentu segala kejadian dan Maha Berkuasa ke atas hamba-hambaNYA.....lantas Ummi pun terus menelefon En Hubby yang ketika itu baru sampai ke tempat kerja di Angkasapuri, Hubby turut terkejut dan merakamkan rasa dukacita yang teramat sangat, selepas kad kerjanya di'flash', Hubby terus ke rumah arwah di Pucung Bandar Kinrara.....menunggang motosikal..

Ummi sungguh terkilan kerana hajat Nabil untuk bertemu dengan Ummi sekeluarga sebelum beliau jatuh sakit akibat demam denggi yang telah meragut nyawa beliau.....tiada kesampaian, alangkah sedihnya hati ini....so sad, and the sadness is still lingering inside me....and my family too.....apalagi ibu dan ayah arwah yang sudah tentunya dalam kesedihan yang amat sangat.

Siapakah Nabil Azam ini, beliau adalah anak kecil yang Ummi asuh sejak berumur lima tahun hinggalah tujuh tahun, ketika itu Ummi tinggal di Bandar Kinrara berdekatan dengan rumah beliau....hingga sekarang setelah arwah meningkat dewasa sehingga ke usia 20 tahun, setelah Ummi bersama keluarga berpindah ke Cheras, belum pernah sekali pun bertemu dengan arwah, cuma sekali sahaja dapat bercakap dengan arwah sewaktu arwah baru menjejakkan kaki ke UNITEN, walaupun Ummi menjaganya hanya beberapa tahun namun Ummi amat sayangkan arwah Nabil, terbayang ketika Ummi menjaga beliau....sekali sekala disulam dengan kakak arwah, Haziqa.....

Beliau telah didapati mengidap demam denggi berdarah yang tiada siapa pun menyangka akan penyakit beliau sehinggalah seminggu sebelum arwah dijemput Illahi, barulah doktor mendiagnosiskan bahawa arwah mengidap demam denggi berdarah. Memang ada segelintir pelajar di hostel tempat penginapan beliau yang terkena demam denggi dan arwah sanggup turun padang melawat rakan-rakan yang sakit, walhal diri arwah sendiri yang menerima dugaan ini........

Arwah Nabil Azam belajar di UNITEN bersama anak Ummi, si Adik, arwah memang popular di kalangan rakan-rakan dan sungguh aktif hinggakan digelar pemimpin berjiwa rakyat.....

Ketika arwah di masukkan ke ICU selama tiga hari, ramai rakan yang menunggu dan bermalam di hospital termasuk ibu dan ayah arwah, Cikgu Faizah dan En Mohd Azam, seorang pegawai TNB....

Kehilangan Mohd Nabil bin Azam merupakan satu tamparan hebat buat ibunya terutama ayah beliau, termasuklah Ummi sekeluarga ....sehinggakan ayah arwah berkali-kali pengsan seolah-olah tidak dapat menerima keadaan dan kenyataan bahawa beliau telah kehilangan anak lelaki yang disayangi buat selama-lamanya....manakan tidaknya anak yang hanya cuma dua orang, kakaknya Haziqa belajar di UNITEN Pahang....

Namun sekarang alhamdulillah ayahnya sudah dapat menerima hakikat bahawa beliau telah kehilangan seorang anak lelaki yang paling disayangi, seorang kawan...yang mungkin tiada pengganti.....arwah Nabil 'pergi' terlalu cepat....kami semua rela dan redha dengan situasi ini dan Dia Yang Menentukan segalanya.....

Semoga roh arwah Nabil Azam di limpahi rahmat Allah SWT, dan ditempatkan bersama para Solihin......amin.  Marilah kita bersama menyedekahkan doa dan Al Faatihah buat arwah......

ALFAATIHAH.




Sirih dijamu dimakan Melayu,
Jari menadah serbat seribu,
Berat cangkir gelas yang satu;
Kasih buat mu subur tidakkan layu,
Memori terindah terpahat di kalbu,
Ibarat mengukir di atas batu.....




Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Wednesday 16 October 2013

Nasi Ayam Bergedil Gigil.... ^^


Assalamu'alaikum and Selamat Menyambut Hari Raya Besar iaitu Hari Raya 'Aidil Adha atau Hari Raya Korban dengan lain perkataan Hari Raya Haji.......to all my beloved friends out there and to my dearest family ever after.......

Kembali lagi Ummi nak berkongsi resepi Nasi Ayam Bergedil Gigil.....apa tuuuu....yala kann, tengah mengetel bergedil ayam yang nampak diam tu, lutut Ummi pun menggigil-gigil, terlalu lama sangat berdiri..... ^^

Sebenarnya Ummi masakkan untuk anak-anak Ummi yang manja besar panjang tuu....dan....thumbs up Ummi! Pujian yang dikira menyentuh kalbu  dan jantungku...haha, all the while, En Hubby balik Melaka, kampung tercinta nak meneroka kebun kesayangannya tuu.....rindunyaaa.... ^^

Baiklah...let's have a glance at the gleaming and attempting photos yang akan membangkit gelora di dalam perut......itu kata Ummi......dan Si Adik mestilah puji.....tapi Ummi terkilan juga sebab tak sempat nak ambil gambar nasi ayam sepinggan meraban untuk Abanglong dan Abang Ngah tuu....tak palah, just imagine and I'm pretty sure that you all know how to make this Nasi Ayam Bergedil ni, just add the menu bergedillaa....tak susah, okay.....

Dikk...jom makan.... !



Bergedil ni resepi Ummi..sambil berdiri menggentel....lutut menggigil-gigil...

Ayam rego......hehe, ayam rebus dan goreng......diperap dengan kicap 3 rasa....
mengancam jiwa nii......

Kuah sup sebening hati.... huhu

Kuah cili menyinga......siapa makan pasti mengaum macam singa.... ^^


Nak juga resepinya...?  well, ini adalah resepi tersendiri Ummi....entah sedap entahkan tidak, kalau hendak masak rujuklah kat SINI untuk bergedil ayamnya ya....nasi ayamnya mudah, air rebusan ayam yang ditambah dengan halia ketuk, bawang besar dan bawang putih yang dikisar keduanya, rebus naik bersama dengan sup bonjut, nindiaaa bau dia... ^^

Ayam yang sudah direbus separuh masak diperap dengan kicap manis dan kicap masin, tambah sedikit serbuk perapan lada hitam...waduhhh...perrghhh...bak kata Fendi Dapur Bujang...^^

Ok, cuba ya jangan ttidak, makan bersama keluarga dhari minggu......it's finger licking good, sesuai untuk anak-anak dan orang lama..........dik...cepatlaa mai makan sayang.....!

Baiklah semua, sampai di sini dulu till next episode....insyaAllah Ummi kembali lagi dengan lain tajuk yang santai buat tatapan pembaca...... ^^



Misi terdiam mencungkil-cungkil,
Badan mangli dirawatkan gigi;
Nasi Ayam Bergedil Gigil,
Sepinggan sekali hendakkan lagi.



Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Friday 11 October 2013

Pemanis Jiwa.....^^


Assalamu'alaikum di malam Sabtu kepada sahabat-sahabat Ummi sekelian out there, to all gorgeous mums, awesome papas and to my children who happens to read my prime time entry.....

Doa Ummi semoga semuanya sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt....amin.....selang tak berapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya 'Aidil Adha, Hari Raya Korban atau pun dikenali juga Hari Raya Haji.....lapangkan minda dan tingkatkan kualiti nurani, maniskan iman anda dengan pengorbanan ikhlas tidak mengira walau apa jua yang anda lakukan.....

Kali ini Ummi ingin berkongsi pula resepi pemanis atau pun 'dessert' dalam bahasa Inggeris....
Resepi dinamakan Pemanis Jiwa bila dimakan akan tersenyum.....mana tidaknya, selepas menikmati juadah pedas ataupun kelat jika dimakan ia maka akan mulalah tersenyum...ye takk.... ^^

Baiklah, let us see the picture of this 'Pemanis Jiwa' yang Ummi telah masakkan untuk anak-anak dan Hubby tersayang.....tapi yang lebih makannya adalah Ummi sendiri.....sedap, belum cuba belumlah tahu.....kan.  Seperti biasa resepi ini Ummi olahkan sendiri tapi pinjam dari Puan Kacip (please click here for reference)....

Yang makan dengan Ummi adalah Si Adik yang manja tu...dikk.....ada lagi kaaa.....bak sikit...hehe.



Tengok tu....agar-agar dah mengeras dah.....

Nampak sedap dipotong berelang....

Agar-agar posing lebih dari tuannya.... ^^


Hubby said 'wow'.....nice and delicious...waduh....yaka......terimakasih abang... ^^

Baiklah sahabat-sahabat sekelian yang Ummi sayangi.....kadang-kadang Ummi bicara dalam campuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.....bukan nak merojakkan tapi kononnyalah nak berinteraksi dengan pembaca-pembaca yang menawan lagi comel di luar sana....boleh kan, tak salah pun....lagi pun blog ini adalah blog santai, penuh dengan kasih dan sayang...love is served here right......? Try this receipe and you'll love it forsure........

Oklah, Ummi mohon diri dulu seketika, salam sayang sipi-sipi sahaja, yalah, sayanggg...semoga bergembira dan tawadduq dalam menjalani kehidupan seharian, sampai jumpa lagi ya...insyaAllah....



Kobis dibawa si ulam kampung,
Dihiris belum bercambah selasih;
Pemanis jiwa bersulam jagung,
Manislah senyum bertambah kasih.




p/s  Sudi-sudikanlah dan jemput berpantun di blog kesayangan Ummi....ya ^^


Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje