Tuesday 23 July 2013

Ujian Bulan Puasa Buat Ummi...


Assalamu'alaikum wbt...

Hari ini hari Rabu, which everyone keeps their mouths shut, well...or rather a wordless Wednesday in other words among majority of the bloggers, but bagi Ummi ini adalah speechless but meaningful Wednesday....

Alhamdulillah sudah menjangkau enam hari Ummi menjaga suami tercinta yang telah ditimpa trajidi...beliau telah mengalami kemalangan jatuh motosikal, which was so scary, frightful and lonely accident....Ummi menerima berita dengan amat terkejut sewaktu Ummi dalam perjalanan menjemput si Adik dari kampus...suami yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung beliau di Melaka dengan menunggang motosikal...
Sesungguhnya Ummi amat-amat bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada Umni untuk bersama beliau lagi, Ya Allah..begitu juga dengan anak-anak Ummi...
Sesungguhnya ku panjatkan kesyukuran kepadaMU Ya Allah...

Ummi tak dapat bayangkan seandainya orang tersayang tiada di sisi Ummi...dan juga anak-anak Ummi...alhamdulillah suami Ummi telah beransur pulih...sekarang sedang di rumah.

Doktor telah memberitahu nothing serious and he was satisfied, truly...in fact masa buat CT Scan, hanya Allah saja yang tahu di dalam hati Ummi.....alhamdulilllah Ya Allah, alhamdulillah....sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ujian Allah dan terkandung hikmah tertentu di sebalik segala kejadian....

Di sini Ummi dengan rendah hati memohon agar sahabat-sahabat sekelian mendoakan kesejahteraan suami Ummi semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala....amin


Jerami berbirat di tangkai nangka,
Embun bertahan dekat rerumpun;
Suami ibarat perisai neraka,
Pohon berdahan tempat berdaun..


Assalamu"alaikum n luv from

Ummimanje

Wednesday 17 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Bismillahirrahmaanirrahim dan assalamu'alaikum duhai pembaca budiman.. ^^



Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...


Sebenarnya Kak Ummi baru sahaja join segmen yang dianjurkan oleh Mia Liana dan kak Ummi berharap talian ukhwah persahabatan yang terjalin di bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini menjadi simpulan kuat dan kejap...insyaAllah...salam Ramadhan cahaya kasih buat semua... ^^


Tanam selasih tumbuhlah padi.
Sayang lebat tiada berbela;
Dalam berkasih sungguh menjadi,
Sayang sahabat redha dan rela.

Ikan piranha merah di ombak,
Lekat cangkul di tepi sawah;
Bukan kerana hadiah sejambak,
Niat menyimpul tali ukhwah.
   


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Datang Lagi....









Assalamu'alaikum wbt salam bahagia dan salam tersenyum dalamterubat kerinduan kerana Ramadhan datang lagi menjenguk dengan cahaya yang gilang gemilang....kesyukuran selebat hujan curahan buatMU Ya Allah kerana memberi kesempatan pada kami umat islam sejagat untuk merasai nikmat bulan MU....terimakasih Ya Allah Ya Tuhanku....

Semoga kita semua mendapat baraqah di bulan yang mulia ini, sama-sama;ah kita mengimmarah masjid sembahyang berjemaah bersolat Tarwikh kerana solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan dan tiada pada bulan-bulan yang lain...

Oleh itu marilah sahabat sekelian para muslimin muslimat yang Ummi hormati agar menghargai bulan yang dianugerahkan Allah kepada kita.....

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubaraq dan selamat berpuasa dari Ummi kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat di luar sana......semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt...amin.....


Dahan sebatang dikata sasa,
Meruang jalan terlebih hala;
Ramadhan datang kita berpuasa,
Peluang sebulan beroleh pahala.


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Friday 5 July 2013

Sambal Nangnas (Nenas) Nostalgia Ayahanda.... ^^


Assalamu'alaikum kembali lagi bersama Ummi menemui pembaca sekelian...how I do hope time flips back to the olden days......everybody do so, provided that the memories were the sweetest in the arms of our beloved ones.......

Kali ini Ummi nak share sedikit info resepi nostalgia Ummi which still lingering in my mind and until now Ummi sentiasa tidakkan lupa untuk mebuat resepi ini, bila teringat sahaja wajah dia yang tersayang iaitu arwah ayahanda Ummi yang telah 'pergi' mengadap Illahi tujuh tahun yang lalu tapi masih saja terasa baru....resepi ini adalah feveret beliau, pasti lidah ini akan terasa the finger licking good of the Sambal Nangnas (like the way arwah  menyebut, maklumla orang tua-tuakannnn... ) atau Sambal Nenas...^^

Jom kita tengok resepinya....mudah sahaja...


Nenas racik yang di masukkan ke dalam cili bertumis....huhu....

Dah siap....whoops, beu dia fulamak.....mengancam habis... ^^



Method untuk direnung..... ^^
Jangan renung aje, try buat ok, mudah sangat....

1 biji nenas setengah masak
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar dihiris-hiris
Tak perlu bawang putih..
Sekeping asam keping/glugor ( Tak perlu lebih sebab nenas dah ada rasa masam dan manis )
sedikit garam...agak-agakla
1 sudu besar gula untuk me'neuralise'kan kemasaman nenas tadi.

Mudahnya....tumis bawang sampai garing kemudian tumis cili, as usual you all buat sambal tumis.
Tumis biar naik beu dia...(cakap orang utagha, since Ummi pun orang Kedah..) Masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan nenas yang dah siap dibuang kulit dan diracik halus macam nak buat sambal macang tu...
Gaul dan kacau sebati sampai masak laa.....campakkkan garam dan gula ke dalam cili dan nenas tadi...rasa di lidah sedap ke tak...bertepatan dengan rasa sendiri takkk.....
Kacau and kacau tapi jangan sampai hangus....separuh kering ja ya....
Dah siap, angkat dan ready untuk disaji.....bersama nasi hidangan tengahari...


Haa...begitulah cara-cara membuat Sambal Nangnas (Nenas) Nostalgia Ayahanda kegemaran arwah ayahanda Ummi..resepi ini adalah olahan Ummi sendiri.  Mungkin ada orang yang belum berjumpa dengan resepi sebegini, tapi why not have a try......^^


Pangkal tunas sederet lada,
Dihari malam memetik melati;
Sambal Nangnas feveret ayahanda,
Memori bersulam dibalik hati.


p/s Jom Kita Berpantun... Jangan lupa ya ^^


Assalamu'alaikun n luv from

Ummimanje