Wednesday 19 December 2012

The Price Of Love...

Assalam buat semua....doa dari Ummi semoga kalian ceria dan sihat selalu....

Kali ini cerita pasal kucing pulakkk...kalau dah ada perasaan kasih sayang dan penyayang tu tang mana pun mesti ada....especially kat binatang...apalagi kucing..kan binatang syurga....kelam kabut dibuatnya...

Mula-mula angah jumpa kat lif sewaktu pulang dari kerja malam...Ummi ada bercerita tentang iktibar dari Mekah tu yang Ummi terbaca dalam post blog ini, Angah pula kebetulan bawak balik anak kucing, teringin rupanya nak bela...dia pun memang penyayang...Along pun sama juga...hamster pun nak bela.....aduhhh...

Takpelaa..janji jaga kebersihan..jangan hangat-hangat tahi ayam sudahla ya...anak kucing ni unik namo ee..CHARC diberi nama ni mulanya sakit mata masa Angah bawak balik..tapi dek kerana kesian maka Ummi dengan Angah pun pergi Pet Shop nak beli ubat mata, susu kucing dan botol nenen...hehe...adik jangan gelak..!

Tapi...aduh..anak kucing tu menangis tak berenti-renti..cari mak dia kot...tu yang tak tahan tu...
Adik...cepat balik..nanti boleh bagi susu...huhu..nindiaa...



Putin keraih kott..

Nindia punya dok pulun suap...

Atas riba Ummi..

mokkk..wookkk...meeeoooaokkk...!

Kan elok macam tu..

Beu wangi laaaa...



Saya kecik lagilaaa....

Cari port nak tido...

Dh penat isap susu...


ensemla tuan aku ni...
Kasih pandang pertama...mata bertentang mata


Mata dah sepet sepebelah tuu..

maceh.....dh kenyang dah

zzzz...zzzz...rupanya dah kenyang nyusu mulalah nak tido..

Nantuk laa..

Aku tido dulu...baru tuan aku...huhu

Gerammm....

Mano mok aku ni...

Lapo la den...

Tudiaa...

Kena posingla pulaouk..

Teratai layu di tasik madu....

Ada potensi besar jadi ayah penyayang...:D


Ni nak isap ke nk gigit...

Gulp...gulp...gulp

Dh kenyang pun kene paksa minum cucu...



Kat bawah ni gambar CHARC kat riba Ummi...
See..the value of love.....^^















Hati pun dah bergolak nak bela..tapi kenala ask permission dengan Hubby dulu...oklaa....Jom tengok gambar kitten ni dik ....cantik tak sayang..
Sampai sini dululah yaa...till next episode....tah ape lagi nak come out....just wait n see...hilang dah rindu kat tok...tok kan suka bela kucing...^^ Sekian.

Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Sunday 16 December 2012

Pawn Stars, The Pickers dan Kings Of Restoration..


Assalamu'alaikum, selamat bertemu kembali, kali ini ada difference dalam entri Ummi...Ummi bercakap tentang rancangan tv yang Ummi dan famili paling minat untuk menonton...

Rancangan ini sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat usia..yang berbentuk documentary..full of infos....

Setiap kali bila hubby balik dari kerja pasti Ummi dan Hubby tak lepaskan peluang..terus grab remote control....aduh..sampai kadang-kadang berebut nak tengok rancangan sendiri..tapi Ummi always follow what Hubby likes to watch...ada baiknya....perkara yang kita tak tahu..akan jadi lebih peka...betul tak..?




Ummi banyak kali juga menonton ketiga-tiga dokumentari ala realiti tv ini di Saluran Sejarah (History Channel). Pawn Stars adalah mengenai sebuah kedai pajak gadai di Las Vegas, terdiri dari 3 generasi, patriarch Richard 'Old Man' Harrison, anaknya Rick Harrison, dan cucunya, Corey "Big Hoss" Harrison bersama Austin "Chumlee" Russell. iaitu teman childhood cucunya, kerap menerima kunjungan pelbagai manusia yang mahu membeli dan menjual barangan kepada mereka. Tapi plotnya tentulah kerap kepada yang menjual. Bila ada saja barang-barang yang menarik dijual, maka mereka akan bercerita serba sedikit tentang sejarah barang yang dijual. Daripada set periuk api latihan, mainan, keris, kereta, motosikal dan bermacam-macam lagi. Kalau mereka tidak pasti tentang keaslian dan harga barang yang dijual oleh pengunjung, maka mereka akan memanggil pakar-pakar untuk menilai barangan itu.



The Pickers pula dokumentari tentang dua orang pengutip barang-barang antik iatu Mark Wolfe dan Frank Fritz yang merantau keseluruh Amerika Syarikat bagi mendapatkan barang-barang antik seperti papan tanda, mainan, kain pemidang dan sebagainya. Dan setiap kali mereka mendapatkan sesuatu (biasanya barangan itu bukan dalam keadaan baik), mereka akan bercerita sedikit tentang sejarah barangan itu, kemudian tawar menawar dengan penjualnya. Biasanya barangan itu ditemui di gudang-gudang, terbiar begitu sahaja.






Manakala Kings Of Restoration pula, mengenai seorang pembaik pulih barang-barang lama menjadi seperti as good as new, Rick Dale bersama anak lelakinya Tyler dan anak tirinya Brettly yang menjadi tulang belakang filem documentari ini memiliki sebuah bengkel yang membaik pulih barangan lama menjadi hampir-hampir ke rupa bentuk asal, dengan sedaya upaya mengekalkan alat ganti asal. Barangan yang dibaik pulih termasuklah kereta golf, basikal roda tiga, papan tanda, peti minuman dan sebagainya. Sama juga seperti dua dokumentari di atas, bila mereka nak membaiki sesuatu peralatan itu, mereka akan bercakap sedikit tentang sejarahnya.

Dan istimewanya, ada 3 episod khas yang menggabungkan ketiga-tiga siri ini.

Ummi bercakap tentang ketiga-tiga siri ini kerana Ummi tertarik dengan idea mereka untuk melihat sejarah dari kaca mata yang berbeza. Meskipun adakalanya beberapa adegan didalam dokumentari ini seperti dibuat-buat untuk meninggalkan kesan dramatik, namun Ummi tetap rasa ianya sesuatu yang menarik dan berlainan untuk ditonton.

Alangkah baiknya jika penerbitan dokumentari di Malaysia juga mengorak langkah ke arah ini. Bukan Ummi mengatakan dokumentari kita tidak bagus. Dokumentari kita juga bagus dan sudah bertaraf dunia, kerap diputarkan di National Geographic, Discovery Channel malahan History Channel. Tetapi sudah tiba masanya dokumentari ala realiti tv ini turut menjadi pilihan stesen tv kita. Masyarakat kita tidak kurang uniknya. Tidak perlu meniru mereka, asalkan ada idea baru untuk mengenengahkan sejarah dan budaya masyarakat kita.

Contohnya dokumentari meneroka pasar barang lama seperti di Lorong Kulit, Pulau Pinang atau di mana-mana saja di Malaysia yang mempunyai pasar sebegini. Ini boleh jadi ruang untuk memperkenalkan kembali sejarah kita dalam bentuk yang lebih menyeronokkan. Sekadar cadangan.

Pendek kata, kita tidak boleh terlalu stereotaip, dan tidak pula perlu terlalu meniru. Cuma perlu kreatif, inovatif dan berfikir di luar kotak.

Oklah....kadang-kadang kita kenela juga tengok rancangan yang berbentuk informasi dari melihat cerita-cerita berbentuk fantasi dan imaginasi yang kadang kala mampu merosakkan minda kita terutamanya anak-anak....Deep down inside my heart...macamna, ok dak...

Till nextime ye....insyaAllah....sampai jumpa lagi.....salam hurmat...^^


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje


Saturday 15 December 2012

Donat Donut Doughnut...^^


Assalam dan selamat bertemu kembali di alam entri...yuhuuu.....mana pi semua orang....
As usual Ummi panjatkan do'a buat semua pembaca dan pemblog-pemblog yang budiman semoga sentiasa ceria dan penuh idea-idea cantik dan berinformasi tapi menghiburkan.....untuk dikongsi bersama..


Haaa....tudiaaa....donut yang penat......, tapi puashati jugak la Ummi....ape tidaknya, donut ni Ummi buat untuk bekal anak Ummi yang manja tu, sape lagi kalau tak anak bujang Ummi Si Angah tuu....^^

This week Abglong balik kampung Melaka ikut ayah...sudah menjadi kebiasaan, as usual bila time cuti ja hubby akan pulang ke kampung tanah airnya di Melaka..khusus untuk berkebun..tinggallah Ummi berdua dengan Angah..Adik pulak busy this week...ada project kelas Agama dekat Ulu Langat....so Adik tak balik la menjenguk Umminya yang sedang dan sentiasa merinduinya...huhu, Ummi tak dapat ikut Hubby balik sebab...sekejap je pun baliknya....tapi rindu tu tetap ada.....^^

Nindiaaa.....!

Tinggal empat dari nambelas...haha



Nak try Dik...sedapla

Donut ni Ummi buat malam tadi untuk Angah...sebagai bekal ke tempat kerja, berkongsi rasa dengan kawan satu shift....takpela..biar berat baldi membawa...biar penat selagi bernyawa...sayangku selama-lama untuk keluarga tercinta.....mmm....kalau dah namanya suka berseloka dan berpantun...

Ini namanya donut kentang....versi Ummi sendiri..Ummi tak sempat nak postkan resepinya tapi kalau nak resepinya yang asal silalah find di SINI...yaa ^^

Ok...sampai di sini dulu yang dapat Ummi memberi...till the next episode, insyaAllah we'll meet again with new entry....( try nak polish my BI )....


Luka tiada menangis tak henti..
Pohon merimbun sungguh berduri..
Jika ada terguris di hati...
Mohon ampun sepuluh jari..


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje


Friday 14 December 2012

Bila kasih..

Assalamu'alaikum to all readers especially to hamsters lovers....selamat bertemu kembali, agak lama juga Ummi tak update blog Ummi ni...maklum saja sentiasa busy updating one of my favourite blog....yaaa, jom kita lihat gambar hamster abangngah...gemuknyaaa....wadu..waduhh...lihatlah betapa lovingnya sepasang hamster ni...ibu dan ank......comel dan manje....macam tuan yang empunya...haha

















Buat tatapan orang terdekat.....semoga terhibur dan hilang rindu tu.....^^....till nextime...Ummi janji dengan entri yang more interesting buat semua.....salam sayang.


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje