Assalamu'alaikum to all my beloved readers and friends.....this time Ummi masukkan entri resepi masakan kegemaran Ummi sendiri....hasil olahan dan pemerhatian cara adik ipar Ummi membuat kuih ini....petang tadi Ummi buatkan sebagai juadah berbuka....puasa sunat la kann..... ^^
Baiklah...jom kita tinjau-tinjau resepinya.....
Bahan adunan di blend together.... |
Tengah memanaskan badan.. ^^ |
Setengah masak.... |
Tengah mengerak.... |
Kuih dah siap dipotong dan ready ngappp.... ! |
Resepinya Ummi pinjam dari Puan HaSue...sila click ya... ^^
Bahan2 (loyang 81/2 x 81/2 inch)
* 6 biji telur
* 2 cawan air + pandan emulco/air pandan
* 400ml susu cair(1 tin)
* 3 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula
* 1 sudu teh garam
* 4 sudu makan butter-cairkan
Cara-cara
1. Masukkan telur,1 cawan air,pandan emulco,gula,garam dan marjerin yang dicairkan
2. Kisar bahan ini sehingga halus dan gula hancur sepenuhnya.
3. Masukkan ke dalam bekas agak besar.
4. Masukkan susu cair,1 cawan lagi air dan tepung gandum.
5. Kacau menggunakan whisk sehingga adunan tidak lagi berketul
6. Sediakan loyang. Gris dengan minyak masak, (tuang sedikit minyak masak dan sapu rata). Panaskan seketika dalam oven.
7. Apabila sudah panas,tapiskan adunan tadi terus ke dalam loyang, taburkan sedikit bijan ke atas adunan rata-rata ya.
8. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam atau sehingga berkerak di atasnya..
Tip: Setelah masak,jangan terus dikeluarkan dahulu dari oven untuk mengelakkan bingka 'turun' di tengahnya. Biarkan selama lebih kurang 5-10 minit begitu barulah dikeluarkan dari oven dan disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong...
Actually kalau buat separuh adunan pun memadai...
Setakat ini dahulu Ummi berentri..semoga menjadi resepi yang dibuat kali ini.....doa dan harapan dari Ummi semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah SWT....amin...
Muka dan badan terkena tungau,
Sudah bengkak tangan berketang;
Bingka pandan berwarna hijau,
Juadah enak minuman petang.
Setakat ini dahulu Ummi berentri..semoga menjadi resepi yang dibuat kali ini.....doa dan harapan dari Ummi semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah SWT....amin...
Salam manis secangkir madu dari Ummi sekeluarga.....
Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje
suka makan kuih ni..tapi tak pernah buat..macam senag ajekan..
ReplyDeleteRaudzah, mudah aje kalau ikut resepi....cuba ye... :)
Delete