Assalamu'alaikum wbt....dimasa kini, malam ini jari Ummi menari-nari....malam gerimis hatiku menangis kerana terkenang arwah ayahanda tersayang...rindu pasti mengukir di hati....tatkala Ummi demamke..tak sihatke.....pasti Ummi teringatkan arwah yang sememangnya amat penyayang....Ummi yang dah senja ni pun manja dengan ibu dan ayah...sepohon do'a buat ayahanda semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Allah swt dan sentiasa tenang di sana.....amin.................
Bertemu kita kembali bersama entri istimewa dari Ummi dengan iringan doa' semoga semuanya berada dalam keadaan ceria...sihat wal'afiat....tenang dan sedang berehat-rehat bersama famili tersayang kat rumah..dan khusus buat anak-anak dan hubby Ummi tercinta.....bukan senang dan bukan mudah untuk kita berjumpa dengan orang yang punya kasih sayang sejati dan murni bak morning glory.....sedalam lautan dan seluas langit terbentang......bahasanya Ummi......aduh...walau dengan apa seadanya sanggup menerima pasangannya dengan hati yang redha dan ikhlas.....
Baru-baru ini Ummi ada menghadiri majlis perkahwinan saudara Ummi sebelah Hubby..sepupunya.....
yang tergolong dalam kaum hawa istimewa...namun beliau kelihatan seperti tiada apa-apa yang harus dikesalkan...semangatnya begitu kuat, kental dan tabah...lebih daripada limit kekuatan lahiriahnya sendiri...kerana disokong oleh semua sanak saudara....
Ummi memanggilnya dengan nama adik sebab terbiasa sejak dari Ummi bertemu dengannya waktu mula-mula Ummi berkahwin....terkenal dengan pangkat Makcik Kimahnya di kalangan anak-anak buahnya.....
Memang Ummi tabik dengan makcik Kimah ni sebabnya....semangat untuk berdikari dan perasaannya tak luntur dan gentar dengan keadaannya yang kekurangan..akibat kehilangan kaki sewaktu menghidapi penyakit kencing manis....Ummi difahamkan.
Memang majlis perkahwinan nya sungguh meriah dan glamour kerana dibantu oleh sanak saudara yang prihatin...makcik Kimah mendapat suami yang sungguh mulia hatinya...berkawan sejak sebelum peristiwa hilang kaki.....namun hubungan tetap diteruskan sehingga ke jinjang pelamin...makcik Kimah adalah anak bongsu dari empat orang adik beradik yang kesemuanya sudah berkahwin....alangkah gembiranya ibu dan ayah makck Kimah kerana tertunai sudah hasrat mereka untuk mengahwinkan anak gadis yang tersayang lagi kekurangan....anak kepada Pak Busu dan Mak Usu sebelah hubby..iaitu adik kepada arwah ibu mertuaku tercinta....Mak Usu sendiri pun tidak berapa sihat kerana sama mengidap kencing manis juga yang agak kritikal....namun dengan berkat do'a kami adik beradik termasuk Ummi sendiri....sentiasa berharap agar mereka berdua sentiasa di dalam peliharaan Allah swt....amin....mari kita lihat foto-foto perkahwinan makcik Kimah ( memang sejak kecik kami memanggilnya makcik Kimah ) yang sungguh anggun...sungguh menawan..
Mempelai istimewa sedang bersanding..... |
Hubby sedang menepung tawar pengantin dua sejoli... |
Saper tuuu... |
Upacara akad nikah di masjid....sedang mendengar khutbah nikah...pengantin berkembar lain famili.... |
Sedang menanti diakad nikahkan.... |
Bonda pengantin perempuan...Mak Usu tersayang |
Sudah bergelar suami isteri.... |
Makcik Kimah yang anggun tersayang... |
Bersama keluarga sebelah pengantin perempun... |
Bersama keluarga sebelah pengantin lelaki... |
Pengantin istimewa anggun bersanding... |
Santapan di raja sehari jerr,,,,....^^ |
Ni macam pernah tengok jer pasangan pengantin ni...hihi |
Amacam....cantik kan.....apapun eloklah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini.......sebenarnya ada ramai lagi pasangan pengantin yang istimewa yang selalu dipaparkan media massa.....bukan satu dan bukan dua pasangan tapi....ramai...yang Ummi jumpa baru empat pasang pengantin yang seumpama mereka...do'a dan harapan agar mereka kekal dan dipanjangkan jodoh dalam meniti kehidupan yang penuh cabaran.....amin...
So...jadilah diri kita ini orang yang sentiasa berada di zon keredhaan dan keikhlasan.....setiap yang kita redha maka Allah akan sentiasa meredhai setiap perkara dan perbuatan baik kita....berbaik hatilah.....
Sampai di sini dulu buat kali ini....insyaAllah till next time we shall meet again with another interesting entry from Ummi....as usual before Ummi tutup buku....mohon mahap na.....if ada yang terguris hati dan terkalih bahasa,,,,semoga diri kita semua diredhai Allah dan menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak-anak kita....amin.......^^
Assalamu'alaikum n lv from
Ummimanje
No comments:
Post a Comment