Monday, 26 November 2012

Sahabat yang sebenar..


Untuk yang bernama SAHABAT...susah nak cari sahabat yang memahami yang menyayangi yang sanggup susah bersama macam keluarga...


1 Kesenangan hidupmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran.

2 Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat.

3 Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

4 Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

5 Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

SAHABAT....

Bukan "1" tapi bejuta.....

Bukan untuk diguna tapi untuk dijaga......

Bukan untuk sementara tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan tapi untuk diingati........

Bukan hanya disini tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini tapi hingga ke hujung nyawa......

( Buat renungan permatahati Ummi...Along, Angah dan Adek..)


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

No comments:

Post a Comment