Pelam harum tumbuh sekata,
Suami turun minta selipar;
Assalamu'alaikum dibubuh cerita,
Ummi berpantun cerita kalendar.
** Doa Ketika Marah..
Ya Allah..Aku berlindung kepada MU daripada syaitan yang terkutuk...Amin
** Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar..sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.
Ibnu Mas'ud
** "Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 perkara, iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat. "
Sayidina Ali bin Abi Thalib
** Menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
** Niat adalah ukuran dalam menilai kebenaran sesuatu perbuatan, maka ketika niatnya benar menunjukkan
perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk menandakan perbuatan itu buruk.
Imam An-Nawawi
** Melangkah itu mudah. Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah, namun
memahami destinasi itu yang susah.
Begitulah secebis mutiara gemerlap yang Ummi petik dari Kalendar 2013 di rumah Ummi. Dapat sedikit sebanyak kita jadikan panduan dan penyuluh jalan...together we unite dalam masyarakat harmonis...
Dalam landasan yang betul, teregelincir sedikit tidak mengapa kerana jalannya yang licin bercenuram dan tiada pemegang yang kukuh...
Sekian entri Ummi yang tak sepertinya ini semoga apa yang baik kita jadikan contoh dan tauladan....doa Ummi semoga kita sekelian sentiasa di dalam limpahan kasih sayang Allah SWT....amin....salam manis sedikit sayang sebab yang banyak dah diberikan untuk orang tersayang....heee...sampai jumpa lagi ya insyaAllah....
p/s Jangan lupa singgah di Blog Jom Kita Berpantun, kita berpantun berair lagu..ya ^^
Ummimanje
No comments:
Post a Comment