Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Datang Lagi....









Assalamu'alaikum wbt salam bahagia dan salam tersenyum dalamterubat kerinduan kerana Ramadhan datang lagi menjenguk dengan cahaya yang gilang gemilang....kesyukuran selebat hujan curahan buatMU Ya Allah kerana memberi kesempatan pada kami umat islam sejagat untuk merasai nikmat bulan MU....terimakasih Ya Allah Ya Tuhanku....

Semoga kita semua mendapat baraqah di bulan yang mulia ini, sama-sama;ah kita mengimmarah masjid sembahyang berjemaah bersolat Tarwikh kerana solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan dan tiada pada bulan-bulan yang lain...

Oleh itu marilah sahabat sekelian para muslimin muslimat yang Ummi hormati agar menghargai bulan yang dianugerahkan Allah kepada kita.....

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubaraq dan selamat berpuasa dari Ummi kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat di luar sana......semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt...amin.....


Dahan sebatang dikata sasa,
Meruang jalan terlebih hala;
Ramadhan datang kita berpuasa,
Peluang sebulan beroleh pahala.


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Friday, 5 July 2013

Sambal Nangnas (Nenas) Nostalgia Ayahanda.... ^^


Assalamu'alaikum kembali lagi bersama Ummi menemui pembaca sekelian...how I do hope time flips back to the olden days......everybody do so, provided that the memories were the sweetest in the arms of our beloved ones.......

Kali ini Ummi nak share sedikit info resepi nostalgia Ummi which still lingering in my mind and until now Ummi sentiasa tidakkan lupa untuk mebuat resepi ini, bila teringat sahaja wajah dia yang tersayang iaitu arwah ayahanda Ummi yang telah 'pergi' mengadap Illahi tujuh tahun yang lalu tapi masih saja terasa baru....resepi ini adalah feveret beliau, pasti lidah ini akan terasa the finger licking good of the Sambal Nangnas (like the way arwah  menyebut, maklumla orang tua-tuakannnn... ) atau Sambal Nenas...^^

Jom kita tengok resepinya....mudah sahaja...


Nenas racik yang di masukkan ke dalam cili bertumis....huhu....

Dah siap....whoops, beu dia fulamak.....mengancam habis... ^^



Method untuk direnung..... ^^
Jangan renung aje, try buat ok, mudah sangat....

1 biji nenas setengah masak
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar dihiris-hiris
Tak perlu bawang putih..
Sekeping asam keping/glugor ( Tak perlu lebih sebab nenas dah ada rasa masam dan manis )
sedikit garam...agak-agakla
1 sudu besar gula untuk me'neuralise'kan kemasaman nenas tadi.

Mudahnya....tumis bawang sampai garing kemudian tumis cili, as usual you all buat sambal tumis.
Tumis biar naik beu dia...(cakap orang utagha, since Ummi pun orang Kedah..) Masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan nenas yang dah siap dibuang kulit dan diracik halus macam nak buat sambal macang tu...
Gaul dan kacau sebati sampai masak laa.....campakkkan garam dan gula ke dalam cili dan nenas tadi...rasa di lidah sedap ke tak...bertepatan dengan rasa sendiri takkk.....
Kacau and kacau tapi jangan sampai hangus....separuh kering ja ya....
Dah siap, angkat dan ready untuk disaji.....bersama nasi hidangan tengahari...


Haa...begitulah cara-cara membuat Sambal Nangnas (Nenas) Nostalgia Ayahanda kegemaran arwah ayahanda Ummi..resepi ini adalah olahan Ummi sendiri.  Mungkin ada orang yang belum berjumpa dengan resepi sebegini, tapi why not have a try......^^


Pangkal tunas sederet lada,
Dihari malam memetik melati;
Sambal Nangnas feveret ayahanda,
Memori bersulam dibalik hati.


p/s Jom Kita Berpantun... Jangan lupa ya ^^


Assalamu'alaikun n luv from

Ummimanje

Sunday, 23 June 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Jarum bersembat baldu se ela,
Seri delima seri jambangan,
Bawah berlipat kembang berpaut;
Belum terlambat baru bermula,
Mari bersama memberi sokongan,
Ukhuwah ibarat kiambang bertaut.


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Wednesday, 19 June 2013

Resepi Bingka Pandan Hijau Di Mata....


Assalamu'alaikum to all my beloved readers and friends.....this time Ummi masukkan entri resepi masakan kegemaran Ummi sendiri....hasil olahan dan pemerhatian cara adik ipar Ummi membuat kuih ini....petang tadi Ummi buatkan sebagai juadah berbuka....puasa sunat la kann..... ^^

Baiklah...jom kita tinjau-tinjau resepinya.....



Bahan adunan di blend together....

Tengah memanaskan badan.. ^^

Setengah masak....

Tengah mengerak....

Kuih dah siap dipotong dan ready ngappp.... !



Resepinya Ummi pinjam dari Puan HaSue...sila click ya... ^^

Bahan2 (loyang 81/2 x 81/2 inch)

* 6 biji telur
* 2 cawan air + pandan emulco/air pandan
* 400ml susu cair(1 tin)
* 3 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula
* 1 sudu teh garam
* 4 sudu makan butter-cairkan

Cara-cara

1. Masukkan telur,1 cawan air,pandan emulco,gula,garam dan marjerin yang dicairkan
2. Kisar bahan ini sehingga halus dan gula hancur sepenuhnya.
3. Masukkan ke dalam bekas agak besar.
4. Masukkan susu cair,1 cawan lagi air dan tepung gandum.
5. Kacau menggunakan whisk sehingga adunan tidak lagi berketul
6. Sediakan loyang. Gris dengan minyak masak, (tuang sedikit minyak masak dan sapu rata). Panaskan seketika dalam oven.
7. Apabila sudah panas,tapiskan adunan tadi terus ke dalam loyang, taburkan sedikit bijan ke atas adunan rata-rata ya.
8. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam atau sehingga berkerak di atasnya..

Tip: Setelah masak,jangan terus dikeluarkan dahulu dari oven untuk mengelakkan bingka 'turun' di tengahnya. Biarkan selama lebih kurang 5-10 minit begitu barulah dikeluarkan dari oven dan disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong...

Actually kalau buat separuh adunan pun memadai...


Muka dan badan terkena tungau,
Sudah bengkak tangan berketang;
Bingka pandan berwarna hijau,
Juadah enak minuman petang.


Setakat ini dahulu Ummi berentri..semoga menjadi resepi yang dibuat kali ini.....doa dan harapan dari Ummi semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah SWT....amin...

Salam manis secangkir madu dari Ummi sekeluarga.....


P/s   Harap sudi-sudikanlaa click di Jom Kita Berpantun ya ^^


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Wednesday, 22 May 2013

Cucur Badak Mana Sumbunya... ^^


Assalamu'alaikum wahai sahabat pembaca yang Ummi hormati, diharap semuanya sihat-sihat dan sentiasa ceria di samping keluarga tercinta.....kalau sebelum ini Ummi berkongsi cerita Kuih Cogkodok Pisang, maka kali ini nampak sama tapi bukan dia, haha,....Kuih Cucur Badak Mana Sumbunya....jom kita lihat.... ^^


Tengah mandi dan menyanyi dalam kuali...

Tunggu masa nak bertukar kaler....

Inilah kuih cucur badak di mana sumbunya...hehe

Nak sejukkan kenalah bedah dan belah....haha



Ya..inilah namanya Kuih Cucur Badak Mana Sumbunya versi Ummi daa....unikkan namanya....kuih ni memang feberet si Adik and Ummi sendiri dulu kini dan selamanya......it's not so difficult and yet it's so hard becos of the commitment and time to do it....but, demi famili, inilah minuman petang Ummi sekeluarga semalam tapi baru nak post kan malam ni...dah hampir 24 jam....Ummi pasti ramai ibu-ibu dan puan-puan di luar sana yang pandai dan biasa membuat kuih ini....sila tanya En Google ye....^^

Baiklah...sampai di sini dulu buat seketika....cukup sampai di sini sayang...bak kata penyanyi Malik Redwan di tahun lapan puluhan....lagu ni memang Ummi suka...^^,

InsyaAllah we'll meet again in the next episode...Salam manis teramat manis dari Ummi buat anda pembaca budiman.....


p/s Jangan lupa ya click Jom Kita Berpantun....


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Thursday, 9 May 2013

Kuih Cucur Hati.....^^


Assalamu'alaikum to all readers of mine.....now i'm back.....Ummi nak speaking English,  
kali ini Ummi kembali untuk berkongsi entri Kuih Cucur Hati...and I'm pretty sure that everybody knows apa itu kuih cucur hati....haha, ni adalah panggilan versi Ummi sendiri...saja untuk menghiburkan hati....

Pagi tadi Ummi menggoreng cucur atau dipanggil cogkodok pisang atau pun cekodok or dengan bahasa bakunya jemput-jemput pisang buat sarapan pagi, sarapan yang ringkas dan sederhana.........pisang hasil tanaman Hubby Ummi sendiri..tangan yang sejuk takkan buah pisang merajuk....haha.....resepinya seperti biasalah....Ummi pasti ramai ibu, ummi dan mama-mama outthere yang selalu membuat cogkodok pisang ni...sedappp....jom kita tengok gambarnya....


Lihatlah cucur masih keputihan didalam kuali sedang menanti bertukar kala....

Selang beberapa minit dah pun slowly bertukar ke warna keemasan gitu...

Lagi nampak macam emas....

There you are...hasilnya...siap untuk dimakan...tiga digenggam  terus masuk mulut, ngappp....

Baikllah pembaca @sahabat Ummi yang happen to read my entri, ringkasnya entri Ummi kali ini...sampai jumpa lagi kalau nak cari resepi silakan tanya pada En Google ye.....salam manis salam sayang buat anda semua....


Makan cucur cekodok pisang,
Sambil dimakan seisi keluarga;
Takkan aur tersodok seludang,
Diambil bukan dinanti juga.



p/s Jangan lupa sudikanlah di'click'kan Blog Jom Kita Berpantun ya....^^,


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Sunday, 5 May 2013

Memori PRU 13...^^


Assalamu'alaikum.....^^


Tak boleh dipisahkan...hehe

Pengundi-pengundi di Lembah Pantai pagi tadi...

Tenang dan aman...

Jari berkembar, berinai hitam....Ummi dah sudah...pagi tadi seawal jam 8 pagi Ummi bertolak ke Lembah Pantai bersama Hubby....mujur cuaca pagi sangat baik..alhamdulillah..wahh, ramainya pengundi-pengundi yang tak sabar dengan wajah gembira dan tenang beratur panjang mengikut saluran masing-masing untuk mengundi wajah pilihan,  Ummi tak sempat nak 'snap'kan gambar ketika berada di kawasan membuang undi...

Lepas mengundi Ummi bersama Hubby terus ke Taman Desa kawasan Seputeh, giliran untuk Hubby mengundi pula....alhamdulillah..semua sudah selesai tarikh 5hb Mei sudah bye bye....apapun kita mengharapkan yang terbaik buat negara kita Malaysia yang tercinta ini, Satu Malaysia satu bangsa satu rasa.....insyaAllah !

Sekian dari Ummi buat anda...sampai bertemu lagi ya...dengan izin Allah SWT....


p/s  Jom Kita Berpantun di blog Ummi, sudi-sudikanlahhh... ^^


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje