Tuesday, 17 September 2013

Sambai Telur Taruh Atas.... ^^,


Assalamumu'alaikum dan salam sejahtera untuk duhai pembaca, adik abang yang cun dan tampan, abang kakak yang handsome dan awsome.....here comes Ummi with new entri.....

Sambal Telur Taruh Atas...waduh waduh, apa benda yang di atas tuu....kalau nak tahu silalah peep and read resepiku....haa, inilah dia resepi sambal telur mata kerbau tapi kuahnya dicurahkan ke atas, atas telur laa....simple ja resepi nii...orang bujang kat luar sana, boleh masak dan menikmati bersama kawan-kawan tak kirala lelaki atau perempuan.....jom, let's have a try...and see what comes next... ^^,



Tengah menumis...baunya...Allah... ^^

Dah mula pecah....pecah minyak daaa..

Dah pekat dan naik minyak.....bukan minyak tu, jangan naik minyak ya.... ^^


Bila dah all the ingredients tip top, curahkan ke atas si mata kerbau...
aduh, melecur mata tuu...hu3

Haaa.....siap sudu lagi tu, jom pekena.....


Untuk info, resepi ni Ummi masakkan untuk dua orang anak bujang Ummi kat rumah tuu, basically sambal telur yang biasa kita buat tu, cuma caranya different sikit.....telur tu melecup kena tuang dengan kuah sambal panas-panas.....sedap dan mudah lagi cepat...., promote sikit...he3

Ummi bet majority of the loving readers out there pasti tahu methods and episodes resepi ni.......tinjau-tinjaulah kat teratak En Mat Gebu ni ya.......do have a look.

Baiklah sayangku semua...rasanya Ummi nak mengundurkan diri, dapur dah panggil Ummi tu.....esok-esok kembali lagi dengan entri godaan hati semua....ya, salam teramat manis kasih sipi, kalau ada salah dan silap bahasa yang tak sedap, sejuta kemaafan serendah hati Ummi hulurkan tangan.....insyaAllah, jumpa lagi ya... ^^,

Sambal terletak si orang baru,
Masih pedas di bubuh kuah;
Awal memasak abang terharu,
Kasih tak lepas sungguh bertuah.


p/s Kalau sudi singgahlah di blog pantun Ummi ya.... ^^,

Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Monday, 9 September 2013

Tirai Hati......^^


Assalamu'alaikum dan salam manis to all my beautiful and gorgeous friends out there, adik-adik yang cun, kakak-kakak yang anggun dan jejaka tampan pria hebat....this time Ummi ketengahkan entri yang bertajuk Tirai Hati...hehe....roti jala daa...or rather roti tirai ataupun singlet P.Ramlee yang macam cerita Bujang Lapok tu.....

Bercakap tentang roti jala ni, Ummi sure mesti ramai yang tahu bagaimana nak menjala, dan resepinya paling mudah....provided that it has to go with the curry, kari dagingka kari ayamka....ada orang suka cecah dengan sambal...itu lagi mengancam.....ye tak.. ^^

Ummi memang suka berlenguh-lenguh untuk menjala roti kat dapur...yela kann, kena korban berdiri sambil menjalanyaa....terpulang kepada bancuhan tepung, kalau banyak lamala pula and vice versa.....tapi
kalau dah suka tak usah kira laa....kenala buat juga, especially loving Hubby dan anak-anak, diorang suka sangat makan roti jala....kenyang katanya, kadang-kadang Ummi jadikan bekal untuk anak yang no dua tu, siAngah, nak bawa bekal ke ofis makan dengan kawan-kawan....meriah sungguh....... ^^

Resepinya simple je, too simple...kalau nak tahu click kat Madam ni...the truth is that and not to say that Ummi ni pandai sangat dak laa kann, tapi Ummi menjala pun ikut resepi sendiri sebab dah banyak kali buat.....skil tu adala sikit-sikit..... ^^

Haa, kalau tak ada acuan roti jala. gunalah bahan-bahan terbuang yang bersih...tau dakk pembaca sekelian botol mineral yang kecik tu boleh ja digunakan untuk membuat acuan roti jala, Ummi tak terfikir pula, tengah search internet lalu terjumpa En Blogger Budiman ni....


Apa macam....let's try okay... ^^,



Macam jala la..... ^^,

Menggulung jala.....

Dah siap tiga....siap masuk dalam bekas....

Sedikit-sedikit lama-lama jadilaa......

Ni kan namanya kari ayam sudah mariii.....hihi, sedap tauu  ^^,


Haa...leganya, ...pantun sikit naa... ^^


Sepeti rambai sudah dipesan,
Ikan keli bertulang reput;
Roti tirai juadah warisan,
Makan sekali kenyang di perut.

Murai merpati di pohon selasih,
Tangkainya mati sudah terseret;
Tirai hati bermohon kasih,
Tirainya roti juadah feberet.



Baik..baik..Ummi mohon diri dulu ya, insyaAllah episod yang lain pula pasti Ummi akan kembali.....mohon maaf andai ada kesilapan tuturkata dari Ummi yang kurang sedap.....ya

p/s Sudi-sudikan lah berpantun di blog berpantun Ummi ya... ^^,


Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Wednesday, 28 August 2013

GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA.....







Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
 Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

 Good Luck semua ^.^
Nindiaaaa !! Ummi telah terpanggil untuk menyertai segmen GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA...bukan apa, walau usia dah terlebih sudah...heee, kalau badan bertuah mendapat hadiah bolehlah present pada simanja Ummi yang sudah besar panjang...hanya nak give a try.... thanks to Farisha dear... ^^, 

To all beautiful gorgeous ladies and smart looking young men out there.... ^^ 

Puterilah Mayang memetik kembang, 
Delima dimakan tangkai dipegang; 
Marilah sayang adik dan abang, 
Sama meriahkan Giveaway beruang. 

Pantai bercuaca guruh yang bengis, 
Mencurah hujan dekat pengkalan; 
Giveaway Farisha sungguhlah manis, 
Hadiah lumayan meningkat kenalan. 

Buang bantal dan buang gebar, 
Ambil kemeli saya tak minta; 
Beruang buntal dan beruang besar, 
Comel lagi Cik Farisha kita... ^^, 

Kalau si angsa tersenyum sengal, 
Gajah menunggu mengherdik lawan, 
Walau Farisha belum ku kenal,
Berwajah ayu cantik rupawan.

Pesona siang pesona cuaca, 
Bumi terik ditebuk suria; 
Kerana beruang kerana Farisha, 
Kak Ummi tertarik untuk bermesra.. ^^, 


Haaa...comel tak cik puan kita, comel lagi dari bear-bear tuu... ^^,


Haaa tudiaaa haha, walau segmen dah tamat walaupun dah terlambat, Ummi still nak masukkan foto bear yang di'tembikai'kan or tembikai yang di'bear'kan ni buat kenangan untuk adik-adik pembaca yang cute-cute sana tuu, baru dapat dari anak sedara tersayang tuu...... 
special kan,
So creative and yet so impressive...huwaaaa....jangan makan saya naaa....hehehe...
Tak sanggupla den... ^^,



Jom naik Vespa...kita pi rewang-rewang blogwalking....weeeeee, slow-slow   ^^,
Salam manis sekapur sireh...dari Ummi...semoga success buat Farisha dan kepada semua peserta yang join segmen beliau....semoga berjaya....dengan kreativity anda.... ^^,
Harap sudi-sudikanlah, jom kita berpantun di blog berpantun Ummi ya  ^^,



Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Tuesday, 23 July 2013

Ujian Bulan Puasa Buat Ummi...


Assalamu'alaikum wbt...

Hari ini hari Rabu, which everyone keeps their mouths shut, well...or rather a wordless Wednesday in other words among majority of the bloggers, but bagi Ummi ini adalah speechless but meaningful Wednesday....

Alhamdulillah sudah menjangkau enam hari Ummi menjaga suami tercinta yang telah ditimpa trajidi...beliau telah mengalami kemalangan jatuh motosikal, which was so scary, frightful and lonely accident....Ummi menerima berita dengan amat terkejut sewaktu Ummi dalam perjalanan menjemput si Adik dari kampus...suami yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung beliau di Melaka dengan menunggang motosikal...
Sesungguhnya Ummi amat-amat bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada Umni untuk bersama beliau lagi, Ya Allah..begitu juga dengan anak-anak Ummi...
Sesungguhnya ku panjatkan kesyukuran kepadaMU Ya Allah...

Ummi tak dapat bayangkan seandainya orang tersayang tiada di sisi Ummi...dan juga anak-anak Ummi...alhamdulillah suami Ummi telah beransur pulih...sekarang sedang di rumah.

Doktor telah memberitahu nothing serious and he was satisfied, truly...in fact masa buat CT Scan, hanya Allah saja yang tahu di dalam hati Ummi.....alhamdulilllah Ya Allah, alhamdulillah....sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ujian Allah dan terkandung hikmah tertentu di sebalik segala kejadian....

Di sini Ummi dengan rendah hati memohon agar sahabat-sahabat sekelian mendoakan kesejahteraan suami Ummi semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala....amin


Jerami berbirat di tangkai nangka,
Embun bertahan dekat rerumpun;
Suami ibarat perisai neraka,
Pohon berdahan tempat berdaun..


Assalamu"alaikum n luv from

Ummimanje

Wednesday, 17 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Bismillahirrahmaanirrahim dan assalamu'alaikum duhai pembaca budiman.. ^^



Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...


Sebenarnya Kak Ummi baru sahaja join segmen yang dianjurkan oleh Mia Liana dan kak Ummi berharap talian ukhwah persahabatan yang terjalin di bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini menjadi simpulan kuat dan kejap...insyaAllah...salam Ramadhan cahaya kasih buat semua... ^^


Tanam selasih tumbuhlah padi.
Sayang lebat tiada berbela;
Dalam berkasih sungguh menjadi,
Sayang sahabat redha dan rela.

Ikan piranha merah di ombak,
Lekat cangkul di tepi sawah;
Bukan kerana hadiah sejambak,
Niat menyimpul tali ukhwah.
   


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Datang Lagi....









Assalamu'alaikum wbt salam bahagia dan salam tersenyum dalamterubat kerinduan kerana Ramadhan datang lagi menjenguk dengan cahaya yang gilang gemilang....kesyukuran selebat hujan curahan buatMU Ya Allah kerana memberi kesempatan pada kami umat islam sejagat untuk merasai nikmat bulan MU....terimakasih Ya Allah Ya Tuhanku....

Semoga kita semua mendapat baraqah di bulan yang mulia ini, sama-sama;ah kita mengimmarah masjid sembahyang berjemaah bersolat Tarwikh kerana solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan dan tiada pada bulan-bulan yang lain...

Oleh itu marilah sahabat sekelian para muslimin muslimat yang Ummi hormati agar menghargai bulan yang dianugerahkan Allah kepada kita.....

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubaraq dan selamat berpuasa dari Ummi kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat di luar sana......semoga kita semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt...amin.....


Dahan sebatang dikata sasa,
Meruang jalan terlebih hala;
Ramadhan datang kita berpuasa,
Peluang sebulan beroleh pahala.


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Friday, 5 July 2013

Sambal Nangnas (Nenas) Nostalgia Ayahanda.... ^^


Assalamu'alaikum kembali lagi bersama Ummi menemui pembaca sekelian...how I do hope time flips back to the olden days......everybody do so, provided that the memories were the sweetest in the arms of our beloved ones.......

Kali ini Ummi nak share sedikit info resepi nostalgia Ummi which still lingering in my mind and until now Ummi sentiasa tidakkan lupa untuk mebuat resepi ini, bila teringat sahaja wajah dia yang tersayang iaitu arwah ayahanda Ummi yang telah 'pergi' mengadap Illahi tujuh tahun yang lalu tapi masih saja terasa baru....resepi ini adalah feveret beliau, pasti lidah ini akan terasa the finger licking good of the Sambal Nangnas (like the way arwah  menyebut, maklumla orang tua-tuakannnn... ) atau Sambal Nenas...^^

Jom kita tengok resepinya....mudah sahaja...


Nenas racik yang di masukkan ke dalam cili bertumis....huhu....

Dah siap....whoops, beu dia fulamak.....mengancam habis... ^^



Method untuk direnung..... ^^
Jangan renung aje, try buat ok, mudah sangat....

1 biji nenas setengah masak
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar dihiris-hiris
Tak perlu bawang putih..
Sekeping asam keping/glugor ( Tak perlu lebih sebab nenas dah ada rasa masam dan manis )
sedikit garam...agak-agakla
1 sudu besar gula untuk me'neuralise'kan kemasaman nenas tadi.

Mudahnya....tumis bawang sampai garing kemudian tumis cili, as usual you all buat sambal tumis.
Tumis biar naik beu dia...(cakap orang utagha, since Ummi pun orang Kedah..) Masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan nenas yang dah siap dibuang kulit dan diracik halus macam nak buat sambal macang tu...
Gaul dan kacau sebati sampai masak laa.....campakkkan garam dan gula ke dalam cili dan nenas tadi...rasa di lidah sedap ke tak...bertepatan dengan rasa sendiri takkk.....
Kacau and kacau tapi jangan sampai hangus....separuh kering ja ya....
Dah siap, angkat dan ready untuk disaji.....bersama nasi hidangan tengahari...


Haa...begitulah cara-cara membuat Sambal Nangnas (Nenas) Nostalgia Ayahanda kegemaran arwah ayahanda Ummi..resepi ini adalah olahan Ummi sendiri.  Mungkin ada orang yang belum berjumpa dengan resepi sebegini, tapi why not have a try......^^


Pangkal tunas sederet lada,
Dihari malam memetik melati;
Sambal Nangnas feveret ayahanda,
Memori bersulam dibalik hati.


p/s Jom Kita Berpantun... Jangan lupa ya ^^


Assalamu'alaikun n luv from

Ummimanje