Wednesday, 13 June 2012

Bicara Aurat...

Assalamu'alaikum wbt...sepohon doa dari Ummi buat anak-anak Ummi dan famili serta rakan..semuga sentiasa didalam limpahan cahaya Allah swt....amin...bicara fasal aurat...

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian...

Dari source yang harus dibaca...

Saturday, 9 June 2012

Jari Menari Suka Hati...

   Assalamu'alaikum wbt....salam senyum buat semua readers yang Ummi hurmati...as usual...doa dari Ummi semoga anak-anak Ummi dan rakan sentiasa di dalam limpahan kasih sayang Allah swt...amin...

Alhamdulillah..today Ummi tersangat gembira kerana buah hati pengarang jantung Ummi balik rumah dari kampus....bukan ape...boringnye kalau tak ada siAdik...dia rajin bercakap..manja...tempat ummi mengadu..instead of she herself...haha...never mind....Ummi kenalah masak sedap-sedap...dah janji dengan siAdik.....apalagii....sotong kering masak sambal tumis....sotong lagii...it's okay...Ummi  always willing to do anything just for my beloved children...walaupun ...mm...semua dah besar....panjang-panjang....:D
Here is the masakan yang Ummi masak....hubby pun sama kepala dengan siAdik...but....siAngah tak minat pulak dengan sambal sotong kering..coz...dia memang tak minat sotong...haha...
Subuh tadi bila Ummi bangun, sotong dah siap direndam oleh darling hubby Ummi....alhamdulillah...
tq so much abang...

Ingredients...senang jer....I bet all of us know how to make sambal sotong...
(Ni resepi Ummi sendiri)

Cili kering yang dah diblend...
Bawang besar ( suka hati..ada orang suka makan bawang banyak)
Serai...2 batang..
Yang utama..sotong kering yang direndam overnight...(Tak kiralaa...agak-agak...3-4 keping....makesure sotong tu dibasuh bersih-bersih..selawat..ok)
Asam Jawa...agak-agak ye....
Garam dan gula secukup rasa....(It's up to all...bab masin n manisnya..but jaga-jaga...biar sederhana namun ada pesona...heee)
Belacan jangan lupa...

And the next step, kalau nak resepi yang full...pls click kat sini je...ok....

Inilah photo sambal masakan dari Ummi...( sendirian berhad )..hehe

Sotong kering yang dah direndam, dibasuh, cut into small pieces and ready to dive into the sambal....wuaa..

mmm...cili yang ditumis baunya sengit....lihatlah sudip Ummi...cantikkan...

Sotong dah dimasukkan ke dalam sambal...selamat berperang....sampai kecutt.....

sotong dah mula kecut dalam kuah sambal.....aduhhhai...sudipku...huhu

Dah ready untuk di jamah....adikkk..mengancam dakk...

 Maaflaaa....presentation dalam pinggan Ummi tak sempat nak snapshot....siAdik tak dan dan (cakap oghang utagha...tak sabar) nak makan lauk berapi...haha....tryla resepi sambal tumis sotong kering..boleh click kat mana-mana blog resepi....ini hanya resepi yang Ummi masak dan postkan kat sini untuk suka-suka....mencuit rasa....darling hubby cakap...wallahhh...hehe...apamacam dekkk...

Tebal kumis potongnya miring...
Angan membawa sederet tangga...
Sambal tumis sotongnya kering..
Hidangan istimewa feberet keluarga..

from

Ummi manje

Thursday, 7 June 2012

Life isn't That Bad....

Assalamu'alaikum wbt...salam senyum semanis manggis....from Ummi.....

Today Ummi dan anak bujang Ummi schroll kat internet...hasrat hati ingin beli kete untuk kegunaan anak Ummi...buah hati Ummi yang still study kt IPT....kesian...dah dua hari siadek tinggal sensorang..all alone kat bilik...her roomate and house semua dah balik...yela...kwn2 adek tu ade transport masing-masing...bila-bila jer boleh balik....kadang-kadang kesian pun ade kat adek...yela..asyik mintak tolong kawan-kawan...thanks to Allah diorang prihatin kat Adek...tapi takpe sayang...Abi akan usahakan cari sebuah kete terpakai untuk adik...senang adek nak bergerak dalam kampus....insyaAllah....don't you worry sayang Ummi.....just wait and see....

Ummi manje

Friday, 25 May 2012

A Good Recital and The Best For All.......

Assalamu'alaikum wbt...salam manis tersenyum jer dari ummi buat semua....mari kita semua fokus pada membaca Al Quran....kerana banyakk sangat fadhilat yang kita perolehi.....itulah ubat jiwa......


۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG..

Wassalam.....mari kita renungkan.....

Tuesday, 15 May 2012

Persepsi Yang Indah...

Assalamu'alaikum wbt buat semua yang dihurmati.....senyum manis dari Ummi....



Kenanga setawar payah bersemi...
Tiada gemalai pelita api...
Bunga mawar hadiah Ummi...
Tanda bernilai cinta abadi..

 To my mum so far and yet so near n and to all ibu, mak, bonda, mama, ummi di dunia ini ...Selamat hari bonda dan terimakasih tak terhingga kerana melahirkan anakanda ke duniaNYA....365 hari adalah hari untuk mak dan ibu-ibu semua....I am a mother too..of three...semuga Allah SWT memberkati kita semua....amin...ucapan takder salahnya...sebagai satu tanda penghargaan yang terhingga dari seorang anak buat seorang ibunya....sungguh...setiap hari adalah untuk ibu...namun setiap hari mungkin kita terlepas pandang dan mungkin kita terlupa untuk membuatkan ibu merasa dihargai....Hari Ibu adalah untuk mengingatkan sianak bahawa jangan kita lupa untuk mengucapkan terimakasih dan membuat beliau bahagia walau sekadar satu senyuman ikhlas, pelukan, ucapan terimakasih dan etc...please remember that we will realise that love is blind eversince our mum starts loving us before seeing our face...before we come into HIS world....so BE CAREFULL....!

Memang benar sebenarnya.. menyambut hari-hari seperti Hari Ibu mahupun Hari Bapa ni boleh membawa kita kepada kerosakan akidah.. TETAPI, perlulah kita membuat kawalan dan awasi. kita ni bak kata orang tu, Iman sehalus debu dumuka bumi Allah s.w.t.. dan jauh lagi nak dibandingkan dengan Iman walau dari para sahabat Nabi Junjungan Muhammad s.a.w. "Iman kita sekarang jangan kata sikit, walau sebutir debu pun masih jauh dari perbandingan para sahabat Nabi (Muhammad s.a.w).." - petikan kata2 dari seorang tokoh ugama.
Jadi.. memang betul lah, sambutan Hari Ibu itu merosakan akidah? hmmm..tepuk dada tanya selera. bagaimana kita menyambutnya dan bagaimana pulak kita membuat persepsi terhadap sambutan hari tersebut. jauhkan minda dari kuasa negatif.. lapangkan dada, tanya pada diri dan akal sendiri, Salah atau Tidak bagi kita menyambut Hari Ibu bersama insan tercinta ini? ..atau harus kita sambutnya setahun sekali dengan memberi penuh penghargaan kepada si ibu dan berterusan untuk setiap detik dan saat selagi hayat dikandung badan..?
Sebagai manusia, kita diberi akal dan fikiran untuk membezakan mana yang dilarang, terlarang dan melarang. jika tujuan kita adalah untuk kebaikan, rasanya tak salah untuk kita memberi penghormatan kepada Ibu mahupuan Bapa, tetapi sekali lagi teman ingin ingatkan.. cara, persepsi atau pandangan diri kita terhadap sambutan yang ingin kita lakukan itu haruslah JELAS.. bukan sembarangan, semberono atau cincai. yang baik itu datangnya dari DIA yang Esa.. yang buruk itu semata2 ujud dari diri kita sebagai hambaNYA yang senantiasa kerdil lagi hina ini...

Wallahua'lam~

My Story.....^^

Assalamu'alaikum wbt to all, semoga dilimpahi cahaya kasih sayang Allah swt sentiasa amin....
Salam hurmat dan salam manis dari Ummi.....

Yesterday was my beautiful day...yelaa...Ummi buat karipap inti kentang buat ank-anak Ummi dan hubby...
nak dijadikan cerita...the fillings tuu Ummi buat before morning...tetiba...gas dah all out...so...had to wait for the next day...because kedai pun dah closed for it was almost 10.30pm....Aduhai...manje Ummi yang sorang tuu...walaupun dah besar panjang namun manjenyer tak ubah sejak kecik..maklimlahh...she's the only daughter in the house...:)..
 Inilah picture kuih karipap yang Ummi dah buat....it looked and tasted so delicious...tak caye cubelahhh....
I bet almost all of you know how to make the karipap...which is even better than mine....mungkin..heee...
Recipenya Ummi review kat amek sini yer..



Just been fried...mmm..dap nyer....

nak cuba...TRY ler...hehe

Satu besar satu kecik...satu rasa...sama bentuk...saiz len len...
 Karipap Ummi buat banyak...purposely...because Si Angah nk bawak bekal kat tempat keje....bolehhlahh..
Bakat terpendam dari Ummi buat family, and for your info...si adik tak makan nasi...asyik menikmati karipap ! Sedap karipap nii..rangup sangat...Why not you have it try....try the recipe....kalau kat sini leh tengok jerr...
maaf yerr...heee...

Adikkkkk!....karipaps ready......!

Sunday, 6 May 2012

Cahaya Mutiara...

Bismillahirrahmannirrahim....

Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..