Saturday, 9 November 2013

Masak lemak Cili Berapi Berasap Kasih......



Assalamu'alaikum and beautiful and sweet greetings especially to all my gorgeous friends outthere and to all but not least to all the beautiful mamas....how are you all today, specially doa dari Ummi yang sayup kejauhan agar semuanya beroleh kesejahteraan dalam kasih sayang Allah SWT, amiin.

And to the most handsome men over yonder, beautiful doa for you all too.....Salam Ma'al Hijrah titisan senyum buat anda semua......^^

Today special recepi , actually the common one....Ummi nak share dengan anda semua, Ummi rasa tentu semua dah biasa dengan masakan masak lemak ayam....menu tengahari Ummi dan famili right at this moment, dipanggillah dengan nama Masak Lemak Cili Berapi Berasap Kasih......tudiaa punya dok panggei.... (loghat utagha pula ya.....haha)

Resepi ni actually favourite famili Ummi especially anak Ummi yang sulung tu...Abanglong, memang dia suka sangat dengan masakan ini....Adik pun tiru ja......Ummi depa pula suka makan kari ayam, maklum la orang Utagha mariii... ^^,


And now dearest friends, once and for all, let's share the kasih recepi yang ringkas ini ya.....^^




Satu ekor ayam dikerat lapan...kalau kecik sangat nanti kena ambik banyak kali..... ^^
Siap dibasuh bersih dan selawat Rasulullah...Ambil keberkatan.....
Satu batang serai...
Lengkuas agak-agak....kalau banyak nanti pahit dan kelat....
Halia sinci..(seinci na)
Bawang merah 2 - 3 ulas....Ummi tak letak bawang putih...
Serai diketuk-ketuk, halia dan lengkuas dihiris-hiris finely,
Bawang merah dimayang-mayang....Make sure that cleanliness takes place...
Hygene is very very important.....right..
Santan sebiji kelapa.....ada kemencar dan santan pekatnya....




Santan kemencar atau dipanggil juga dengan nama saba ( santan yang diperah kali kedua...) dah dimasukkan ke dalam periuk untuk kecutkan ayam bersama bahan ketuk, mayang dan hiris, ada faham, ( stail cakap Ustaz Iraqi Abdullah ), hehe, agak-agaklah ye.....mama-mama kat luar tu mesti pandai masakkan....^^  Biarkan mendidih cantik sambil ditimbuk-timbuk kuahnya dengan senduk, bukan tumbuk ya...




At last, santan pekat dituangkan ke dalam periuk ayam tadi...masukkan serai sebatang wangi semerbak.....timbuk-timbuk kuahnya jangan biarkan terbalik uban ( naik minyak bak cakap oghang utagha....), then masukkan bahan sampingan optional bagi yang suka kentangka, lobak merahka, atau biarkan ayamnya sahaja, biarkan sehingga pekat sedikit....apa yang terlupa dikkk, garamlaaa Ummi.....no..no....no ajimoto....banyak disadvantagenya....kata si Adik...

Ahah.....dah pun siap ye.....ghau...ghau bau dia.......^__^, En Hubby pun suka makan masak lemak cili api, tapi kalau beliau yang masak, dengan pekatnya dengan pedasnya, aduh, bukan berasap kasih lagi dah, berasap telinga-telinga, hehe......orang Melaka la kann... ^__^

Baiklahhh...cukup sampai di sini dulu ya insyaAllah dengan izin Allah SWT Ummi pasti akan kembali menemui tuan puan dan adik-adik yang comel lagi manja tu kat luar sana ya.....salam teramat sayang jutaan selasih buat anda semua......sambil membaca sambil mendengar alunan gemalai nada lagu nostalgia P.Ramlee ya....^__^



Kerdas seranting tiadalah rangap;
Berapi kuali berderap selasih;
Pedas berdesing punyalah sedap,
Resepi Cili Berapi Berasap Kasih.



p/s  Sila oo sila berpantun di teratak Ummi yang lagi satu ya....^^,



Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Monday, 28 October 2013

Kasih Nabil Rela Pergi.....





Inilah wajah tampan Arwah Nabil Azam,
anak yang Ummi asuh dan jatuh sayang.....Al Faatihah buat beliau.




Kak Ani ( Nama sebenar Ummi )...Nabil dah tak ada....anak kita dah tak ada Kak Ani....hancur luluh rasa hati Ummi bila memeluk ibu Nabil, Nabil yang telah pergi mengadap Illahi sewaktu usia terlalu muda, siapa sangka, Allah Maha Berkuasa menjemput hambaNYA pulang ke pangkuan, diambil sekejap tanpa terduga.....pada hari Jumaat 25hb Oktober 2013 bersamaan 20 Zulhijjah 1434.....


Ini adalah dialog Ummi dengan Adik, anak manjaku.......

Helo, assalamu'alaikum Ummi.....Ummi tahu dak, Nabil, dia dah meninggal baru pagi tadi , pukul 5.36am......betulke dik, adik tau di mana.....adik terbaca dalam FB, Ummi, ternyata tatkala Ummi menerima panggilan dari anak manja Ummi, Adik, yang pada ketika itu ada di kampus, kedengaran sebak di sebalik henfonnya pada pukul 7 pagi...waktu itu Ummi masih berada di Penang di rumah kakak Ummi, Amos Amyos ( nama FB )..

Satu tamparan hebat buat Ummi, rasa tak percaya dan seolah-olah tidak dapat menerima berita mengejut ini, memang benarlah hakikatnya, Allah Itu Maha Mengetahui Dan Maha Penentu segala kejadian dan Maha Berkuasa ke atas hamba-hambaNYA.....lantas Ummi pun terus menelefon En Hubby yang ketika itu baru sampai ke tempat kerja di Angkasapuri, Hubby turut terkejut dan merakamkan rasa dukacita yang teramat sangat, selepas kad kerjanya di'flash', Hubby terus ke rumah arwah di Pucung Bandar Kinrara.....menunggang motosikal..

Ummi sungguh terkilan kerana hajat Nabil untuk bertemu dengan Ummi sekeluarga sebelum beliau jatuh sakit akibat demam denggi yang telah meragut nyawa beliau.....tiada kesampaian, alangkah sedihnya hati ini....so sad, and the sadness is still lingering inside me....and my family too.....apalagi ibu dan ayah arwah yang sudah tentunya dalam kesedihan yang amat sangat.

Siapakah Nabil Azam ini, beliau adalah anak kecil yang Ummi asuh sejak berumur lima tahun hinggalah tujuh tahun, ketika itu Ummi tinggal di Bandar Kinrara berdekatan dengan rumah beliau....hingga sekarang setelah arwah meningkat dewasa sehingga ke usia 20 tahun, setelah Ummi bersama keluarga berpindah ke Cheras, belum pernah sekali pun bertemu dengan arwah, cuma sekali sahaja dapat bercakap dengan arwah sewaktu arwah baru menjejakkan kaki ke UNITEN, walaupun Ummi menjaganya hanya beberapa tahun namun Ummi amat sayangkan arwah Nabil, terbayang ketika Ummi menjaga beliau....sekali sekala disulam dengan kakak arwah, Haziqa.....

Beliau telah didapati mengidap demam denggi berdarah yang tiada siapa pun menyangka akan penyakit beliau sehinggalah seminggu sebelum arwah dijemput Illahi, barulah doktor mendiagnosiskan bahawa arwah mengidap demam denggi berdarah. Memang ada segelintir pelajar di hostel tempat penginapan beliau yang terkena demam denggi dan arwah sanggup turun padang melawat rakan-rakan yang sakit, walhal diri arwah sendiri yang menerima dugaan ini........

Arwah Nabil Azam belajar di UNITEN bersama anak Ummi, si Adik, arwah memang popular di kalangan rakan-rakan dan sungguh aktif hinggakan digelar pemimpin berjiwa rakyat.....

Ketika arwah di masukkan ke ICU selama tiga hari, ramai rakan yang menunggu dan bermalam di hospital termasuk ibu dan ayah arwah, Cikgu Faizah dan En Mohd Azam, seorang pegawai TNB....

Kehilangan Mohd Nabil bin Azam merupakan satu tamparan hebat buat ibunya terutama ayah beliau, termasuklah Ummi sekeluarga ....sehinggakan ayah arwah berkali-kali pengsan seolah-olah tidak dapat menerima keadaan dan kenyataan bahawa beliau telah kehilangan anak lelaki yang disayangi buat selama-lamanya....manakan tidaknya anak yang hanya cuma dua orang, kakaknya Haziqa belajar di UNITEN Pahang....

Namun sekarang alhamdulillah ayahnya sudah dapat menerima hakikat bahawa beliau telah kehilangan seorang anak lelaki yang paling disayangi, seorang kawan...yang mungkin tiada pengganti.....arwah Nabil 'pergi' terlalu cepat....kami semua rela dan redha dengan situasi ini dan Dia Yang Menentukan segalanya.....

Semoga roh arwah Nabil Azam di limpahi rahmat Allah SWT, dan ditempatkan bersama para Solihin......amin.  Marilah kita bersama menyedekahkan doa dan Al Faatihah buat arwah......

ALFAATIHAH.




Sirih dijamu dimakan Melayu,
Jari menadah serbat seribu,
Berat cangkir gelas yang satu;
Kasih buat mu subur tidakkan layu,
Memori terindah terpahat di kalbu,
Ibarat mengukir di atas batu.....




Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Wednesday, 16 October 2013

Nasi Ayam Bergedil Gigil.... ^^


Assalamu'alaikum and Selamat Menyambut Hari Raya Besar iaitu Hari Raya 'Aidil Adha atau Hari Raya Korban dengan lain perkataan Hari Raya Haji.......to all my beloved friends out there and to my dearest family ever after.......

Kembali lagi Ummi nak berkongsi resepi Nasi Ayam Bergedil Gigil.....apa tuuuu....yala kann, tengah mengetel bergedil ayam yang nampak diam tu, lutut Ummi pun menggigil-gigil, terlalu lama sangat berdiri..... ^^

Sebenarnya Ummi masakkan untuk anak-anak Ummi yang manja besar panjang tuu....dan....thumbs up Ummi! Pujian yang dikira menyentuh kalbu  dan jantungku...haha, all the while, En Hubby balik Melaka, kampung tercinta nak meneroka kebun kesayangannya tuu.....rindunyaaa.... ^^

Baiklah...let's have a glance at the gleaming and attempting photos yang akan membangkit gelora di dalam perut......itu kata Ummi......dan Si Adik mestilah puji.....tapi Ummi terkilan juga sebab tak sempat nak ambil gambar nasi ayam sepinggan meraban untuk Abanglong dan Abang Ngah tuu....tak palah, just imagine and I'm pretty sure that you all know how to make this Nasi Ayam Bergedil ni, just add the menu bergedillaa....tak susah, okay.....

Dikk...jom makan.... !



Bergedil ni resepi Ummi..sambil berdiri menggentel....lutut menggigil-gigil...

Ayam rego......hehe, ayam rebus dan goreng......diperap dengan kicap 3 rasa....
mengancam jiwa nii......

Kuah sup sebening hati.... huhu

Kuah cili menyinga......siapa makan pasti mengaum macam singa.... ^^


Nak juga resepinya...?  well, ini adalah resepi tersendiri Ummi....entah sedap entahkan tidak, kalau hendak masak rujuklah kat SINI untuk bergedil ayamnya ya....nasi ayamnya mudah, air rebusan ayam yang ditambah dengan halia ketuk, bawang besar dan bawang putih yang dikisar keduanya, rebus naik bersama dengan sup bonjut, nindiaaa bau dia... ^^

Ayam yang sudah direbus separuh masak diperap dengan kicap manis dan kicap masin, tambah sedikit serbuk perapan lada hitam...waduhhh...perrghhh...bak kata Fendi Dapur Bujang...^^

Ok, cuba ya jangan ttidak, makan bersama keluarga dhari minggu......it's finger licking good, sesuai untuk anak-anak dan orang lama..........dik...cepatlaa mai makan sayang.....!

Baiklah semua, sampai di sini dulu till next episode....insyaAllah Ummi kembali lagi dengan lain tajuk yang santai buat tatapan pembaca...... ^^



Misi terdiam mencungkil-cungkil,
Badan mangli dirawatkan gigi;
Nasi Ayam Bergedil Gigil,
Sepinggan sekali hendakkan lagi.



Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Friday, 11 October 2013

Pemanis Jiwa.....^^


Assalamu'alaikum di malam Sabtu kepada sahabat-sahabat Ummi sekelian out there, to all gorgeous mums, awesome papas and to my children who happens to read my prime time entry.....

Doa Ummi semoga semuanya sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt....amin.....selang tak berapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya 'Aidil Adha, Hari Raya Korban atau pun dikenali juga Hari Raya Haji.....lapangkan minda dan tingkatkan kualiti nurani, maniskan iman anda dengan pengorbanan ikhlas tidak mengira walau apa jua yang anda lakukan.....

Kali ini Ummi ingin berkongsi pula resepi pemanis atau pun 'dessert' dalam bahasa Inggeris....
Resepi dinamakan Pemanis Jiwa bila dimakan akan tersenyum.....mana tidaknya, selepas menikmati juadah pedas ataupun kelat jika dimakan ia maka akan mulalah tersenyum...ye takk.... ^^

Baiklah, let us see the picture of this 'Pemanis Jiwa' yang Ummi telah masakkan untuk anak-anak dan Hubby tersayang.....tapi yang lebih makannya adalah Ummi sendiri.....sedap, belum cuba belumlah tahu.....kan.  Seperti biasa resepi ini Ummi olahkan sendiri tapi pinjam dari Puan Kacip (please click here for reference)....

Yang makan dengan Ummi adalah Si Adik yang manja tu...dikk.....ada lagi kaaa.....bak sikit...hehe.



Tengok tu....agar-agar dah mengeras dah.....

Nampak sedap dipotong berelang....

Agar-agar posing lebih dari tuannya.... ^^


Hubby said 'wow'.....nice and delicious...waduh....yaka......terimakasih abang... ^^

Baiklah sahabat-sahabat sekelian yang Ummi sayangi.....kadang-kadang Ummi bicara dalam campuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.....bukan nak merojakkan tapi kononnyalah nak berinteraksi dengan pembaca-pembaca yang menawan lagi comel di luar sana....boleh kan, tak salah pun....lagi pun blog ini adalah blog santai, penuh dengan kasih dan sayang...love is served here right......? Try this receipe and you'll love it forsure........

Oklah, Ummi mohon diri dulu seketika, salam sayang sipi-sipi sahaja, yalah, sayanggg...semoga bergembira dan tawadduq dalam menjalani kehidupan seharian, sampai jumpa lagi ya...insyaAllah....



Kobis dibawa si ulam kampung,
Dihiris belum bercambah selasih;
Pemanis jiwa bersulam jagung,
Manislah senyum bertambah kasih.




p/s  Sudi-sudikanlah dan jemput berpantun di blog kesayangan Ummi....ya ^^


Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Monday, 23 September 2013

Bubur Untuk Ummiku Sayang.....


Assalamua'alaikum and happy greetings to my beloved and especially to the beautiful gorgeous mamas out there...and also to the handsome and awesome brothers and sisters...adik-adik, kakak abang, pakcik makcik semua...semoga anda semua sentiasa dalam limpahan kasih sayang Allah SWT....amin....

Dalam keterpaksaan berarus masa detik seminggu Ummi mencuri masa menukilkan sebuah entri...
Badan terasa lemah kerana demam selsema, batuk dan lenguh-lenguh sendi, alhamdulillah ada the best nurse among the best...mujur ada si Adik, Angah, Along dan En Hubby, yang menguruskan dapur....


My body temperature for today....dah turun 1.0 celcius
Before...39.9....tinggikan.... 

Amboi sedapnya Adik masak bubur kat Ummi....sedap sungguh, yang mahalnya bukan selalu dapat bubur airtangan Adik ni.... ^^,   Si Angah jadi tukang pucit belakang....Ayah pula picit kepala...waduhh....alhamdulillah syukur......ku gembira di sampingmu......Inilah nilai sebuah kasih sayang....ye takkk...
Bubur hari pertama demam.... sedapppnyaa... ^^


Bubur hari ketiga.....sedappp....


Air asam jawa....nurse tu cakap bagus untuk tekak.... ^^,



Baiklah, hanya setakat ini yang Ummi nak kongsikan cerita Ummi buat sahabat-sahabat sekelian, doakan Ummi agar cepat sembuh dan terus senyum....blog pantun pun dapat di 'update'kan lagi....insyaAllah injin tengah dok start....tunggu masa nak masuk entri....sabar ya..

Till next time, salam sayang semanis merdu buat buat semua....Now Ummi nak rest jap....yaa dik, japla sayang, nurse comel dah panggil tu makan ubat...kalau macam tu hari-hari sakit pun tak pe ye...he3x


Bumi kelam tempua merintih,
Dalam kolah tiada pili;
Ummi demam semua sedih,
Alhamdulilah ada famili.


p/s tunggu pantun baru ya... ^^


Assalamu'alaikum n luv from

Ummimanje

Tuesday, 17 September 2013

Sambai Telur Taruh Atas.... ^^,


Assalamumu'alaikum dan salam sejahtera untuk duhai pembaca, adik abang yang cun dan tampan, abang kakak yang handsome dan awsome.....here comes Ummi with new entri.....

Sambal Telur Taruh Atas...waduh waduh, apa benda yang di atas tuu....kalau nak tahu silalah peep and read resepiku....haa, inilah dia resepi sambal telur mata kerbau tapi kuahnya dicurahkan ke atas, atas telur laa....simple ja resepi nii...orang bujang kat luar sana, boleh masak dan menikmati bersama kawan-kawan tak kirala lelaki atau perempuan.....jom, let's have a try...and see what comes next... ^^,



Tengah menumis...baunya...Allah... ^^

Dah mula pecah....pecah minyak daaa..

Dah pekat dan naik minyak.....bukan minyak tu, jangan naik minyak ya.... ^^


Bila dah all the ingredients tip top, curahkan ke atas si mata kerbau...
aduh, melecur mata tuu...hu3

Haaa.....siap sudu lagi tu, jom pekena.....


Untuk info, resepi ni Ummi masakkan untuk dua orang anak bujang Ummi kat rumah tuu, basically sambal telur yang biasa kita buat tu, cuma caranya different sikit.....telur tu melecup kena tuang dengan kuah sambal panas-panas.....sedap dan mudah lagi cepat...., promote sikit...he3

Ummi bet majority of the loving readers out there pasti tahu methods and episodes resepi ni.......tinjau-tinjaulah kat teratak En Mat Gebu ni ya.......do have a look.

Baiklah sayangku semua...rasanya Ummi nak mengundurkan diri, dapur dah panggil Ummi tu.....esok-esok kembali lagi dengan entri godaan hati semua....ya, salam teramat manis kasih sipi, kalau ada salah dan silap bahasa yang tak sedap, sejuta kemaafan serendah hati Ummi hulurkan tangan.....insyaAllah, jumpa lagi ya... ^^,

Sambal terletak si orang baru,
Masih pedas di bubuh kuah;
Awal memasak abang terharu,
Kasih tak lepas sungguh bertuah.


p/s Kalau sudi singgahlah di blog pantun Ummi ya.... ^^,

Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje

Monday, 9 September 2013

Tirai Hati......^^


Assalamu'alaikum dan salam manis to all my beautiful and gorgeous friends out there, adik-adik yang cun, kakak-kakak yang anggun dan jejaka tampan pria hebat....this time Ummi ketengahkan entri yang bertajuk Tirai Hati...hehe....roti jala daa...or rather roti tirai ataupun singlet P.Ramlee yang macam cerita Bujang Lapok tu.....

Bercakap tentang roti jala ni, Ummi sure mesti ramai yang tahu bagaimana nak menjala, dan resepinya paling mudah....provided that it has to go with the curry, kari dagingka kari ayamka....ada orang suka cecah dengan sambal...itu lagi mengancam.....ye tak.. ^^

Ummi memang suka berlenguh-lenguh untuk menjala roti kat dapur...yela kann, kena korban berdiri sambil menjalanyaa....terpulang kepada bancuhan tepung, kalau banyak lamala pula and vice versa.....tapi
kalau dah suka tak usah kira laa....kenala buat juga, especially loving Hubby dan anak-anak, diorang suka sangat makan roti jala....kenyang katanya, kadang-kadang Ummi jadikan bekal untuk anak yang no dua tu, siAngah, nak bawa bekal ke ofis makan dengan kawan-kawan....meriah sungguh....... ^^

Resepinya simple je, too simple...kalau nak tahu click kat Madam ni...the truth is that and not to say that Ummi ni pandai sangat dak laa kann, tapi Ummi menjala pun ikut resepi sendiri sebab dah banyak kali buat.....skil tu adala sikit-sikit..... ^^

Haa, kalau tak ada acuan roti jala. gunalah bahan-bahan terbuang yang bersih...tau dakk pembaca sekelian botol mineral yang kecik tu boleh ja digunakan untuk membuat acuan roti jala, Ummi tak terfikir pula, tengah search internet lalu terjumpa En Blogger Budiman ni....


Apa macam....let's try okay... ^^,



Macam jala la..... ^^,

Menggulung jala.....

Dah siap tiga....siap masuk dalam bekas....

Sedikit-sedikit lama-lama jadilaa......

Ni kan namanya kari ayam sudah mariii.....hihi, sedap tauu  ^^,


Haa...leganya, ...pantun sikit naa... ^^


Sepeti rambai sudah dipesan,
Ikan keli bertulang reput;
Roti tirai juadah warisan,
Makan sekali kenyang di perut.

Murai merpati di pohon selasih,
Tangkainya mati sudah terseret;
Tirai hati bermohon kasih,
Tirainya roti juadah feberet.



Baik..baik..Ummi mohon diri dulu ya, insyaAllah episod yang lain pula pasti Ummi akan kembali.....mohon maaf andai ada kesilapan tuturkata dari Ummi yang kurang sedap.....ya

p/s Sudi-sudikan lah berpantun di blog berpantun Ummi ya... ^^,


Assalamu'alaikum n luv from
Ummimanje